Home / Viral / MerdekaMalaysia / Semua pengembara warga Malaysia, Singapura layak guna VTL darat
semua-pengembara-warga-malaysia,-singapura-layak-guna-vtl-darat

Semua pengembara warga Malaysia, Singapura layak guna VTL darat

Semua kategori pengembara warganegara Malaysia dan Singapura boleh memasuki kedua-dua negara menggunakan kemudahan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi Laluan Darat (VTL-Darat) berkuat kuasa pada 20 Dis, 2021, berikutan peningkatan permintaan orang ramai.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan pemastautin Tetap Malaysia boleh terus memasuki Malaysia menggunakan VTL-Darat tersebut.

Sebelum ini, hanya warganegara, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang negara terbabit dibenarkan melakukan perjalanan menggunakan VTL-Darat tersebut.

Bagaimanapun, MITI menegaskan bahawa pengembara terbabit wajib mendapat vaksinasi sepenuhnya manakala bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang tidak divaksinasi, perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi.

“Pengembara yang layak juga tertakluk kepada ujian saringan COVID-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing.

“Pada masa ini, VTL-Darat masih terhad kepada perkhidmatan bas sahaja dan operator terbabit akan menawarkan tiket untuk memenuhi peningkatan permintaan dan tertakluk kepada status kesihatan awam semasa,” katanya.

Sebelum sebarang pembelian tiket, pengembara yang mahu memasuki Malaysia menerusi VTL-Darat itu dikehendaki mendaftar di https://mysafetravel.gov.my manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura perlu mendaftar di https://go.gov.sg/vtl-portal.

Butiran lanjut mengenai keperluan VTL-Darat boleh didapati di https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MIT) berkata tiada sebarang perubahan terhadap protokol ujian semasa di Singapura dan Malaysia.

Menurut kementerian itu, semua pengembara yang memasuki republik itu perlu mematuhi protokol ujian berkenaan serta langkah pengurusan keselamatan, termasuk rejim Ujian Pantas Antigen COVID-19 selama tujuh hari sejurus selepas ketibaan.

Dalam pada itu, menurut MITI, pelancaran VTL-Darat antara Malaysia dan Singapura pada 29 Nov, 2021, bertujuan melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin yang mengintegrasikan protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen.

Inisiatif berkenaan membantu mereka yang terpisah daripada orang tersayang akibat pandemik untuk kembali bersama keluarga masing-masing.

Menurut MITI, kemudahan terbabit juga membolehkan pembukaan semula sempadan darat secara berperingkat, selamat, sistematik dan mampan dengan memperincikan langkah-langkah kesihatan yang perlu diambil dan dilaksanakan kepada pengembara Malaysia serta Singapura.

– Bernama

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.