Home / Viral / MerdekaMalaysia / Tajuddin: BBC sokong penuh PM Ismail Sabri hingga 2023
tajuddin:-bbc-sokong-penuh-pm-ismail-sabri-hingga-2023

Tajuddin: BBC sokong penuh PM Ismail Sabri hingga 2023

Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk terus mentadbir negara sehingga penggal Parlimen berakhir pada 2023.

Pengerusi BBC Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kepimpinan perdana menteri perlu diteruskan bagi membantu kabinet memberikan fokus kepada usaha membela rakyat dan mengatasi masalah yang berlaku akibat Covid-19.

“Kami memberi kepercayaan yang tinggi kepada perdana menteri kerana beliau telah menunjukkan prestasi sangat baik dalam tempoh 100 hari sebagai perdana menteri.

“Beliau (perdana menteri) bersama ahli kabinet yang mempunyai mazhab (fahaman politik) berlainan telah dapat membuktikan kejayaan mereka dalam menangani wabak Covid-19 negara sehingga angka statistik menurun,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata antara petunjuk kejayaan yang dilakukan Ismail Sabri ialah menambah peluang pekerjaan, merancakkan semula sektor ekonomi, memulihkan industri pelancongan dan membuka peluang perniagaan kepada rakyat.

Malah, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga pada persidangan Dewan Rakyat hari ini juga membuktikan hasil kejayaan perdana menteri dalam mengurus negara.

Rang undang-undang itu memperoleh sokongan 200 Ahli Parlimen pada bacaan kali kedua dan 199 undi menyokong ketika belah bahagian pada bacaan kali ketiga, sekali gus lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Rakyat.

Tajuddin percaya keadaan negara yang dipimpin Ismail Sabri akan terus stabil dan kukuh terutamanya dengan amalan politik matang yang dilaksanakan semasa pentadbiran kerajaan ketika ini.

– Bernama

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.