Home / Viral / MerdekaMalaysia / Tun M mengaku perguna Anwar untuk jatuhkah Najib, anggap tak reti perintah negara
tun-m-mengaku-perguna-anwar-untuk-jatuhkah-najib,-anggap-tak-reti-perintah-negara

Tun M mengaku perguna Anwar untuk jatuhkah Najib, anggap tak reti perintah negara

Dr Mahathir Mohamad yakin Anwar Ibrahim tidak tahu memerintah negara dan hanya bekerjasama dengan Presiden PKR itu untuk menumbangkan Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu menyentuh beberapa isu tersebut dalam buku terbaharunya, “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”, yang dilancarkan hari ini.

Mahathir mempunyai sebab-sebab tersendiri yang membuatkan beliau tidak senang dengan Anwar, tetapi merasakan apa yang Najib sudah lakukan pada negara adalah lebih teruk.

Beliau berkata matlamat mereka terhadap Najib seiring, dan kerjasama itu membuahkan hasil.

Mahathir akui beliau ada berjanji akan berundur sebelum PRU seterusnya, tetapi Anwar secara tidak langsung menekan beliau untuk melepaskan jawatan lebih awal.

Beliau berkata hanya Anwar seorang yang menekan-nekan, kerana pemimpin pembangkang lain tidak memaksa malah memberikan masa kepadanya untuk selesaikan beberapa masalah ‘rumit’.

Memetik FMT, Mahathir seterusnya mengkritik kebolehan Anwar memimpin dan merasakan Presiden PKR itu tidak tahu memerintah negara berdasarkan pengalamannya yang lalu.

Anwar, katanya, mungkin menganggap dirinya berkebolehan tetapi beliau bukanlah faktor berlakunya rampasan kuasa.

Mahathir akui ada cakap-cakap mengenai membentuk kerajaan Melayu-Islam selepas PH menang PRU dan rampasan kuasa, tetapi menepisnya kerana merasakan ia tak akan boleh dilakukan.

Malah, beliau merasakan anggota Jemaah Menterinya, yang turut dianggotai oleh pemimpin Bersatu, bekerjasama dengan baik.

Dalam pada itu, Mahathir turut mendedahkan yang beliau hampir-hampir meninggalkan Istana Negara sebelum angkat sumpah Perdana Menteri tetapi dihalang oleh pemimpin DAP, Gobind Singh Deo.

Beliau merasa tidak puas hati kerana Istana Negara mengambil masa untuk memastikan yang beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dengan mengesahkan sokongan parti-parti lain.

Mahathir merasakan peristiwa dihalang Gobind itu ‘ironik’ kerana bapanya, Karpal Singh, ditahan bawah ISA semasa pemerintahannya yang lalu.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.