Home / USAHAWAN / 42 Produk Dikeluarkan Syarikat Bumiputera ini Dengan Pekerja 105 Anak Tempatan Muslim

42 Produk Dikeluarkan Syarikat Bumiputera ini Dengan Pekerja 105 Anak Tempatan Muslim

PRODUK POPULAR BERASASKAN SERAI WANGI KELUARAN ANAK MELAYU

Anda pernah tak membeli produk Serai Wangi di pasaraya?

Siapakah pemilik di sebalik jenama ini?

AFY Haniff Diasaskan oleh Tuan Haji Yunus bin M.Haniff pada tahun 2006 bersama dengan anaknya, Amirul Firdaus dan Amirul Ariff. Produk pertama yang dikeluarkan syarikat adalah Penghalau Serangga Serai Wangi yang dihasilkan di sebuah rumah kedai bertempat di pekan kecil Telok Mas, Melaka.

Motivasinya yang kuat untuk mencipta produk penghalau serangga terbaik dengan menggunakan bahan asas semulajadi yang berfungsi menghalau serangga secara semulajadi dan jimat menjadikan AFY HANIFF sebagai salah satu syarikat pengeluar produk pencuci yang terkenal sehingga hari ini.

Cabaran yang paling sukar dihadapi adalah mengubah persepsi masyarakat daripada menggunakan racun serangga kepada penyembur semulajadi Serai Wangi. Dalam masa 5 tahun pertama, produk Serai Wangi mendapat tempat dihati pengguna dan permintaan.

Kini AFY HANIFF diterajui oleh Amirul Firdaus bin Yunus mengorak langkah lebih jauh dengan penghasilan pelbagai produk disamping pengedaran besar-besaran di seluruh Malaysia sehingga kini telah membuka pejabat pengurusan dan gudang di Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand.

Dengan dibantu oleh lebih 105 anak muda tempatan (100% Muslim) AFY HANIFF telah mengeluarkan lebih dari 42 jenis produk yang dipasarkan di lebih 2,000 pasaraya besar di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand.

Berteraskan elemen “Semulajadi, Selamat dan lebih Jimat”, pelbagai produk telah dihasilkan menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan, bebas bahan kimia berbahaya dan dijamin HALALAN TOYYIBAN.
Produk penghalau serangga semulajadi, penyegar udara dan fabrik, pencuci pinggan dan tangan ialah antara produk kegunaan rumah yang kini menjadi keperluan setiap rakyat Malaysia.

AFY Haniff kini mencari pengedar barangan runcit yang berpengalaman dan mempunyai kebolehan mengedar produk-produk kami di pasaran kedai runcit, halal mart, restoran, farmasi, hotel atau industry.

Keuntungan yang besar, bahan marketing disediakan dan produk yang telah dikenali ramai akan memudahkan dalam mengedar produk AFY Haniff.

Jika berminat sila hubungi :

Dilla https://wa.me/60175668141
Eja https://wa.me/60172818996

atau emailkan ke business@afyhaniff.com

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.