Home / Semasa / Perkhabaran Terkini | Long Tiger lolos lokap mahkamah

Perkhabaran Terkini | Long Tiger lolos lokap mahkamah

TANGKAK- Seorang lelaki berketurunan Rohingya bergelar Long Tiger kini diburu polis selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, suspek bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, itu berjaya meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraannya bermula.

“Suspek telah diambil oleh pihak polis di penjara Sungai Udang, Melaka semalam untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan. Bagaimananpun, prosiding yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.

“Bagaimanapun, beberapa anggota polis yang membawa suspek ke mahkamah menyedari tertuduh sedang cuba melarikan diri apabila melihat dia keluar ke pintu utama mahkamah menuju ke pagar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, sebentar tadi.

Menurut Mohd. Fadhil, empat anggota polis terbabit bersama pengawal keselamatan cuba mengejar suspek, namun dia terus menuju ke semak berdekatan sebelum hilang dan gagal dikesan.

“Jarak suspek dan anggota polis terlampau jauh menyebabkan dia sukar diberkas. Suspek telah melalui kawasan semak berdekatan bersama gari di tangan. Oleh demikian kita mohon kerjasama orang ramai yang terlihat suspek atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh untuk segera hubungi pihak polis.

“Bagi kes ini, seramai empat anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi suspek ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 kerana kecuaian,” katanya. – Sumber K! ONLINE

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.