Home / Semasa / Rider Pertahankan Rakan Ditendang Seorang Lelaki Dilepaskan Mahkamah

Rider Pertahankan Rakan Ditendang Seorang Lelaki Dilepaskan Mahkamah

Alhamdulillah…. Kes adik-adik Panda Rider yang dituduh di Mahkamah Magistrate Petaling Jaya telah selesai. Menerusi satu hantaran dimuat naik salah seorang peguam bela dalam membantu kes kepada defenden

Menurutnya Mahkamah telah melepaskan kesemua tertuduh. Tahniah kepada semua peguam sukarelawan yang terlibat dalam kes ini, khasnya peguam-peguam dari Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia. Katanya lagi

Lwyr Adzly merupakan peguambela peguamcara bagi Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota PERKATA

Alhamdulillah, mahkamah hari ini(30 nov 2021) menetapkan bahawa mereka yang tertuduh dalam kes Rider FoodPanda 1.0 (dianiaya dituduh merusuh selepas membantu rakannya juga meruapakan rider fp wanita yang dikasari ditendang dan ditolak hingga terjatuh)bagaimanapun kes defenden rider fp telah selesai dan dilepaskan.

Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pasukan peguam diketuai oleh Datuk Zainul Rijal (Timbalan Pengerusi PEMBELA) dan Tuan Hisham Marzuki (Timb. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia) yang bertungkus lumus berjuang dalam kes ini secara percuma.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan NGO dalam rangkaian PEMBELA yang memberikan sokongan moral padu kepada tertuduh dan para peguam yang akhirnya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk sama-sama bersuara.

Terima kasih individu-individu yang berhati mulia yang telah menghulurkan segala bentuk bantuan yang sangat berharga buat adik-adik Rider ini, sehingga ke akhir kes.

Terima kasih kepada pihak polis, terutamanya IPD Petaling Jaya atas layanan, kerjasama dan komunikasi yang baik dengan pihak kami sepanjang kes ini berlangsung.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
30 November 2021

Terdahulu

Insiden seorang lelaki bertindak menendang seorang wanita yang juga penghantar makanan di Bandar Puteri Puchong, semalam dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

Dalam video berdurasi 58 saat yang tular di Facebook, menunjukkan seorang wanita terjatuh akibat ditendang seorang lelaki.

 

Selain video tersebut, satu lagi video turut tular adalah tindakan seorang lelaki yang didakwa menendang wanita berkenaan.

Susulan kejadian itu, beberapa penghantar makanan dilihat berkumpul di hadapan premis terbabit menunjukkan protes.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 4.10 petang, lelaki terbabit dipercayai tidak berpuas hati kerana wanita yang menunggang motosikal telah memotong ketika dia ingin membuat pusingan U.

“Akibat kejadian itu, lelaki terbabit menunjukkan isyarat lucah sebelum bertindak menolak mangsa. Mangsa turut ditendang sebanyak tiga kali di bahagian pinggang menyebabkan dia terjatuh. Pengawal keselamatan telah meleraikan insiden itu,” katanya.

About admin2

Check Also

[VIDEO] Gambar Anak Saiful Apek Ini Curi Perhatian, “Macam Sama La Dengan Ayahnya” – | Article Update

“Ehh muka sebijik apekk..” Siapa sahaja yg tdk mengenali pelawak & penyanyi, Saiful Apek Senario. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.