Home / National / Jangan Malu Berniaga, Selagi Dia Halal Teruskan

Jangan Malu Berniaga, Selagi Dia Halal Teruskan

Teruk sangat ke berniaga ini?

Saya ada pengalaman berniaga dari rumah ke rumah jual gelang buatan sendiri.

Saya pernah berniaga ABC dan cendol di pesta pantai.

Saya pernah berniaga jual mee hoon sup di Bazar Ramadan.

Ini pengalaman saya.

Pagi tadi saya ke Pasar Lambak. Ada seorang wanita sedang memasukkan cendawan ke dalam plastik bungkusan untuk dijual.

Saya bisik ke mak saya.

“Mak tengok tu. Berniaga cendawanpun gelang emas dia punyalah besar.” Muncung-muncung mulut saya menunjuk supaya si penjual tidak perasan.

Mak saya terkejut juga.

Petang ini saya tertonton satu video Tik Tok tentang berniaga itu susah. Orang susah saja yang berniaga. Berniaga ini tidak ada kelas. Hanya orang yang tak mampu saja akan berniaga sebab tiada ‘kepintaran’ lain untuk bekerja makan gaji.

Popular macam artis itu lebih bagus katanya.

Saya berhenti kerja 8 tahun lalu dan tinggalkan gaji RM15K sebulan untuk berbisnes. Saya kelulusan universiti.

Ramai juga kawan-kawan saya lulusan universiti berniaga. Bukan tak mampu pegang jawatan atau makan gaji.

Berniaga ini satu kepuasan. Saya menguruskan peniaga-peniaga bertahun-tahun. Memang ada yang susah dan mencari rezeki dengan berniaga. Tapi ada juga yang berjaya dengan bermula jual air tepi jalan, apam balik, berniaga dari rumah dan sebagainya.

Jangan jatuhkan semangat sesiapa juga bergelar peniaga baik yang dari rumah, pasar malam, pasar tani atau sebagainya.

Jangan juga malu berniaga.
Selagi ia halal, teruskan.

 

Kredit Mohd Noor Azam Tuan

About admin2

Check Also

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pant4i Mexico, Ribu4n Ikan & Sotong Mati Terdampar

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pantai Mexico, Ribuan Ikan .& Sotong Mati Terdampar MEXICO …

Leave a Reply

Your email address will not be published.