Home / Viral / MerdekaMalaysia / Menteri berucap BM, tapi semua tak faham sebab tiada penterjemah
menteri-berucap-bm,-tapi-semua-tak-faham-sebab-tiada-penterjemah

Menteri berucap BM, tapi semua tak faham sebab tiada penterjemah

Apabila Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapannya menggunakan bahasa Melayu di pentas persidangan antarabangsa pada Nov lalu, menteri alam sekitar dan air itu menerima pujian dan juga kritikan.

Pun begitu, Presiden NGO Sahabat Alam Malaysia Meenakshi Raman memberitahu Malaysiakini isunya melangkaui soal perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan.

Dia mendakwa tidak ada penterjemahan langsung ketika Tuan Ibrahim berucap pada 10 Nov di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCC) dikenali sebagai COP26 di Glassgow, Scotland itu.

“Betul. Sebab di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahasa Malaysia tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi,” jelasnya ketika diminta mengulas mengenai ucapan Tuan Ibrahim.

“Jadi bila anda pergi ke sidang UNFCCC-COP 26 hendak berucap, boleh berucap dalam bahasa Malaysia tetapi harus ada penterjemahan sendiri.

“Kamu perlu bayar atau bawa penterjemah kamu sendiri. Jangan harapkan PBB untuk sediakan.

“Saya difahamkan bahawa Presiden Jokowi apabila pergi ke COP26, penterjemahan itu berlaku. Dia bercakap dalam bahasa Indonesia tetapi ada penterjemahan langsung ketika dia berucap,” katanya yang turut hadir sebagai delegasi pertubuhan masyarakat sivil pada sidang itu.

Sidang COP26 mempertemukan lebih 192 buah negara yang memeterai Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCC) dengan kehadiran lebih seratus pemimpin dunia, bermula 30 Oktober hingga 12 Nov lalu.

Antara pemimpin dunia yang hadir pada majlis pembukaan COP26 1 Nov lalu ialah Perdana Menteri UK Boris Johnson, Presiden AS Joe Biden, Canselor Jerman Angela Merkel, Perdana Menteri India Narendra Modi, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Turki Tayyip Erdogan.

Menurut Meenakshi, urusan menyediakan penterjemahan langsung itu sepatutnya menjadi tanggung jawab pasukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa).

“Jadi bukan salah Tuan Ibrahim untuk berucap dalam bahasa Malaysia. Tetapi harus ada terjemahan langsung ketika berucap.

“Terjemahan ucapan Tuan Ibrahim memang ada dalam salinan hard copy. Ucapannya itu memang diedarkan (kepada delegasi),” katanya ketika ditemui wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang baru-baru ini.

Malaysiakini telah menghubungi Tuan Ibrahim dan pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air berhubung perkara ini dan sedang menunggu maklum balas.

Wakil cakap bahasa negara masing-masing

Jelas Meenakshi lagi, dia tidak pasti teks ucapan Tuan Ibrahim diedarkan sebelum atau selepas menteri Kasa itu berucap tetapi menekankan penterjemahan langsung ketika bercakap menunjukkan keseriusan suara yang hendak dibawa.

“Tetapi bagi saya itu tidak mencukupi sebab kalau anda mahu negara lain faham semasa mendengar ucapan anda, harus ada penterjemah disediakanlah,” katanya lagi.

Menjadi amalan apabila pemimpin dari negara bukan bahasa rasmi PBB berucap, mereka akan membawa penterjemah sendiri atau mengupah perkhidmatan jurubahasa.

Tuan Ibrahim pada 26 Nov lalu menjelaskan kenapa dia berucap dalam bahasa Melayu di Glasgow, berkata “tidak ada isu dengan bahasa kerana ada penterjemahan.”

“Ada benda yang dapat (saya perhatikan di COP26) tentang penggunaan bahasa. Masing-masing (wakil negara) bangun bercakap bahasa dia.

“Indonesia bangun berucap bahasa dia. Korea dengan bahasa dia, Turki dengan bahasa dia, Arab dengan bahasa dia dan sebagainya.

“Saya bagi tahu urus setia saya hendak bercakap dalam bahasa Malaysia,” katanya pada hantaran di FB.

Menjelaskan lanjut, Tuan Ibrahim berkata ucapannya itu mendapat “respon positif rakyat Malaysia.”

“Sudah sampai masanya kita berbangga dengan bahasa kita sendiri yang biasa disebut bahasa jiwa bangsa,” katanya.

Ketika menyampaikan Kenyataan Negara di Sesi Peringkat Tinggi Persidangan UNFCCC COP-26, Tuan Ibrahim berkata negara menyasarkan pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) melalui “pengemaskinian Sumbangan Nasional yang Ditentukan (NDC) dan aspirasi pelepasan GHG sifar bersih seawal-awalnya pada 2050.”

Sementara itu, pejabat media UNFCC ketika dihubungi Malaysiakini menjelaskan pihak penganjur persidangan “bukan dalam posisi” untuk mengatakan sama ada delegasi COP26 memahami ucapan Tuan Ibrahim atau tidak.

Pun begitu, pembantu media dan maklumat awam UNFCC Carrie Aβheuer berkata, “terdapat enam bahasa rasmi PBB: Bahasa Arab, Mandarin, Inggeris, Perancis, Russia dan Sepanyol.”

“UNFCCC menyediakan penterjemahan untuk mesyuarat rasmi dalam kesemua enam bahasa rasmi ini,” katanya melalui emel semalam.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.