Home / Viral / MerdekaMalaysia / Polis berjaya tumpaskan cobaan sorok dadah dalam plastik kurier
polis-tumpaskan-cubaan-sorok-dadah-dalam-plastik-kurier

Polis berjaya tumpaskan cobaan sorok dadah dalam plastik kurier

Cubaan seorang lelaki menyembunyikan sejumlah dadah jenis syabu dan pil kuda dalam plastik syarikat penghantaran berjaya dikesan oleh pihak polis dalam kejadian di Rantau Panjang, Kelantan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Nasaruddin Md Nasir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu anggotanya mengesan suspek dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah tadika sebelum tangkapan dibuat.

“Semasa pihak polis membuat pemerhatian di kawasan itu telah datang sebuah motosikal jenis Yamaha ditunggang seorang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan berhenti di lokasi tersebut.

“Anggota polis juga mengesan satu beg galas berzip berwarna merah yang terletak di dalam raga motosikal lelaki tersebut. Sebaik kehadiran kami lelaki tersebut cuba melarikan diri dan telah berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan.

“Pemeriksaan di dalam beg galas tersebut telah menjumpai satu bungkusan plastik kurier berwarna putih dan merah. Hasil semakan ia mengandungi 1,047 gram syabu dan 8,000 biji pil kuda serta menemui wang tunai hampir RM8,000 daripada suspek,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Menurut Nasaruddin, siasatan awal mendapati suspek berusia 30 tahun itu tidak mengaku barang kes tersebut adalah miliknya sebaliknya hanya berperanan sebagai orang tengah untuk melakukan penghantaran dengan upah RM300 setiap kali penghantaran.

Hasil soal siasat katanya, pihak polis berjaya menahan tiga lagi suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

“Susulan tangkapan itu, pihak polis melakukan serbuan di sebuah kedai menjual bateri kereta Amaron di Kg Banggol Kulim, Rantau Panjang dan menahan tiga lelaki di dalam kedai tersebut,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.