Home / Viral / MerdekaMalaysia / Fomca: Caj transaksi RM1 ‘rompakan terang-terangan’ bank
fomca:-caj-transaksi-rm1-‘rompakan-terang-terangan’-bank

Fomca: Caj transaksi RM1 ‘rompakan terang-terangan’ bank

Langkah bank kembali mengenakan kembali caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) boleh dianggap sebagai rompakan terang-terangan, kata Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Naib presiden kanannya, K Koris Atan, berkata langkah tersebut sangat tidak wajar kerana orang ramai kini masih bergelut dengan masalah kewangan.

“Fomca menyifatkan ia sebagai kecurian terang-terangan oleh bank,” katanya kepada Malaysiakini.

Dia ditanya mengenai langkah bank tertentu mula mengenakan caj tersebut semula berkuat kuasa 1 Februari tahun depan.

Antara bank yang telah mengesahkan caj tersebut ialah CIMB, Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, RHB Bank dan Citibank.

Kata Koris, pada masa ini sepatutnya pihak bank perlu menggiatkan usaha mendidik pengguna mengenai kemudahan transaksi secara dalam talian kerana ramai yang tidak tahu menggunakannya.

Menurutnya, ia penting kerana kebanyakan orang masih menggunakan kemudahan transaksi wang melalui ATM terutama dalam kalangan warga emas ataupun penduduk di kawasan luar bandar.

Tambahnya tindakan melaksanakan semula caj transaksi RM1 itu membuatkan mereka yang miskin bertambah terbeban.

Untuk rekod bank menghentikan seketika caj transaksi pengeluaran RM1 ketika negara berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS pada 6 April 2020.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa PKP tanpa perlu dikenakan caj RM1.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengarahkan bank-bank terbabit membatalkan rancangan berkenaan.

Menurut bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu, keputusan berkenaan merupakan langkah yang sangat salah kerana perbankan antara sektor yang mencatatkan keuntungan meskipun sewaktu negara dilanda pandemik dan pelaksanaan PKP.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.