Home / Viral / Rs7 / Netizen Pertahan “Tindakan Der4” Pengawal Usir Biawak Gaya Helikopter

Netizen Pertahan “Tindakan Der4” Pengawal Usir Biawak Gaya Helikopter

BIAWAK merupakan salah seekor binatang reptilia yang sering kali ternampak berada di kawasan penempatan orang ramai oleh kerana habitat asalnya telah diterokai oleh manusia.Pada hari minggu baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang pengawal keselamatan cuba mengeluarkan seekor biawak yang memasuki kawasan premis awam sambil menghayunkan binatang itu dalam “pusingan helikopter”. Video diakhir artikel ini.

Ciapan asal @DailyExpress_MY menanyakan kepada orang ramai adakah perbuatan pengawal keselamatan itu termasuk dalam kategori sebagai ‘penderaan haiwan’.

Rata-rata orang ramai pertahankan tindakan pengawal keselamatan tersebut kerana apa yang dia buat itu adalah betul untuk mengelakkan dirinya daripada digigit oleh biawak terbabit.

Apabila seseorang menghayunkan biawak dalam ‘pusingan helikoper’, ia dapat menyukarkan biawak untuk menggigit apa-apa sahaja yang berhampiran dengannya.Menurut laman web Taman Negara Singapura, bahagian mulut biawak mempunyai bakteria yang mampu menyebabkan kawasan gigitan membengkak dengan cepat, penurunan tekanan darah dan pembekuan darah.

Tambah orang ramai lagi, tindakan pengawal keselamatan tersebut telah menyelamatkan keadaan serta semua pihak daripada menjadi lebih teruk lagi andaikata dia tidak mengendalikan biawak terbabit dengan cara begitu.

Untuk maklum semua, biawak merupakan seekor binatang yang ‘pemalu’ dan sentiasa mengelak daripada bertembung dengan manusia. Namun apabila ia berasa terancam dan terganggu, biawak akan menyerang untuk mempertahankan dirinya.

Reaksi beberapa warga maya

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

“saya-akan-jaga-boss…saya-sanggup-m4ti-untuk…”-yusuf-azmi-memang-dapat-rasa-abang-ali-dah-‘tak-lama’.tak-sangka-menjadi-kenyataan,ini-cerita-menyayat-hati-yusuf-azmi-yang-mengejutkan-ramai-pihak

“Saya akan jaga Boss…saya sanggup m4ti untuk semboyan”- Yusuf Azmi Memang Dapat Rasa Abang Ali Dah ‘Tak Lama’ .Tak Sangka Menjadi Kenyataan,Ini Cerita Menyayat Hati Yusuf Azmi Yang Mengejutkan Ramai Pihak

Terdahulu, Abang Ali meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.