Home / Masakan / Resepi Mee Jawa Paling Sedap

Resepi Mee Jawa Paling Sedap

Mee Jawa Paling Sedap

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning (dicelur)

1/2 kg daging [rebus lembut dan hiris nipis]

300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)

2 tangkai daun bawang (dihiris)

5 biji cili merah (dihiris)

3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)

3 biji telur rebus (dibelah)

3 biji limau nipis (dibelah)

Sedikit bawang goreng

BAHAN KUAH

1/2 kg keledek (direbus & dikisar)

BAHAN MESIN HALUS

3 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

3 batang serai

Sedikit halia

sedikit lengkuas

100 gm udang kering

sedikit cili padi, jika suka pedas

2 sb cili kisar

3 sb serbuk kari daging

air rebusan daging

1 cawan air

Sedikit garam

Sedikit minyak masak

Sedikit gula

Cara Penyediaan :

1) Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing.

2) Masukkan air dan kacau.

3) Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.

4) Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.

5) Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

Kredit : Azie Kitchen

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.