Home / Viral / MyOdisi / Selepas Disenarai Nasdaq, Grab Kini Beli Pasar Raya Jaya Grocer
selepas-disenarai-nasdaq,-grab-kini-beli-pasar-raya-jaya-grocer

Selepas Disenarai Nasdaq, Grab Kini Beli Pasar Raya Jaya Grocer

Grab Kini Dilapor Beli Pasar Raya Jaya Grocer.

Awal bulan lalu, syarikat super-app terbesar di Asia Tenggara, Grab Holding Ltd (GHL) atau biasa kita kenal dengan nama Grab telah berjaya disenarai awamkan di Nasdaq.

Syarikat penghantaran dan e-hailing terbesar di Asia Tenggara yang sudahpun 9 tahun beroperasi kini dilaporkan memeterai perjanjian jual beli untuk mengambil alih Jaya Grocer Holdings Sdn Bhd (Jaya Grocer), jenama pasar raya tempatan yang bertapak di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut perjanjian itu, anak syarikat Grab yang berpangkalan di Singapura akan mengambil alih semua saham biasa Jaya Grocer dan 75 peratus saham keutamaan.

Bagi mematuhi syarat-syarat kawal selia, Grab bercadang untuk bekerjasama dengan pelabur tempatan yang akan memegang 50 peratus saham mengundi dalam Jaya Grocer, mengikut pemfailan itu.

Bagaimanapun, syarikat itu masih belum menamakan mana-mana bakal rakan kongsi buat masa ini.

Grab Beli Jaya Grocer

Menurut Grab, selepas urus niaga dimuktamadkan, Jaya Grocer dijangka menjadi anak syarikatnya dan keputusan kewangan jenama pasaraya itu akan disatukan oleh Grab.

Untuk makluman, Jaya Grocer diasaskan oleh Teng Yew Huat pada 2007 – peneraju dalam segmen barangan runcit premium di Malaysia dan mengendalikan 40 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan sebahagian besar terletak di Lembah Klang berdekatan Kuala Lumpur.

Grab adalah sebuah syarikat teknologi yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi di Singapura dan negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Kemboja.

Grab bersaing dengan Uber dalam penawaran pelbagai perkhidmatan, namun pada Mac 2018 Grab telah mengambil alih operasi Uber di Asia Tenggara sekali gus menjadikannya satu-satunya perkhidmatan perkongsian utama di rantau ini.

Selain menawarkan perkhidmatan e-hailing, Grab juga terkenal dengan perkhidmatan penghantaran seperti GrabFood.

Boleh baca untaian lelaki ini mengenai pengambilalihan Jaya Grocer oleh Grab untuk lebih mudah faham.

Sumber: BH

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

‘isteri-sedia-ada’-kini-akan-dipanggil-mahkamah-syariah-untuk-sahkan-kemampuan-suami-untuk-kahwin-satu-lagi

‘Isteri Sedia Ada’ Kini Akan Dipanggil Mahkamah Syariah Untuk Sahkan Kemampuan Suami Untuk Kahwin Satu Lagi

Berita buruk dan amat merbahaya buat para suami di Malaysia yang bercita-cita untuk menambah lagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.