Home / Viral / MerdekaMalaysia / Terkini! Penjawat awam dijatuh hukuman penjara kerana berniaga
terkini!-penjawat-awam-dijatuh-hukuman-penjara-kerana-berniaga

Terkini! Penjawat awam dijatuh hukuman penjara kerana berniaga

Gara-gara terlibat dalam perniagaan membekalkan sarung kaki bernilai RM44,500 tanpa kebenaran, seorang penjawat awam didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Suzana Murni Mansor, 53, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan, jika gagal membayar denda.

Ketika memutuskan perkara itu, hakim Azura turut menasihati tertuduh agar insaf dan dapat memulakan kehidupan yang lebih baik selepas ini.

“Anda patut bersyukur kerana diberi pertuduhan pilihan, tetapi sekarang anda kena tangguh perbuatan itu, sekali gus menjejaskan pekerjaan anda, sedangkan anda dah lama berkhidmat, rekod kerja juga cemerlang.

“Jadi, saya berharap anda mengambil peluang ini, mulakan kehidupan yang lebih bermakna untuk diri dan keluarga,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pegawai badan awam iaitu pembantu tadbir di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, sebuah hospital universiti awam, terikat di sisi undang-undang sebagai penjawat awam supaya tidak mengambil bahagian dalam perniagaan.

Ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(1), Jadual Kedua, Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, telah mengambil bahagian dalam perniagaan iaitu sebagai pemilik Syarikat Fana Global Resources.

Syarikat itu didapati mendapat kerja membekal dan menghantar sarung kaki kepada kakitangan hospital kerajaan yang bernilai RM44,500.

Kesalahan dilakukan di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, di sebuah hospital di sini pada Disember 2016.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam kes ini, pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noryusriza Zulkifli dan pegawai pendakwa SPRM, Mohd Aliff Shaharuzaman.

Semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dia dikenakan hukuman ringan.

“Sepanjang 25 tahun berkhidmat, saya merupakan seorang pekerja cemerlang malah saya beri komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan hutang perumahan.

“Saya menyesal dan tak akan mengulangi perbuatan itu, jadi saya mohon dikenakan hukuman ringan kerana dua anak saya masih menuntut di institusi pengajian awam,” katanya.

Bagaimanapun, Noryusriza mencadangkan tertuduh dijatuhi hukuman setimpal demi kepentingan awam dan berbentuk pengajaran.

Walaupun tertuduh mengaku atas pertuduhan pilihan, namun beliau berkata, asas dalam pertuduhan asal adalah serius.

“Memandangkan dia merupakan pesalah pertama dan mengaku salah selepas pertuduhan dibaca, maka pihak kami berpendapat hukuman denda adalah memadai,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.