Home / Semasa / Satu Keluarga Meninggal Dalam Kemalangan

Satu Keluarga Meninggal Dalam Kemalangan

7 kanak-kanak, dan seorang perempuan dewasa maut dalam kemalangan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam

Menurut saksi kejadian yang berada di kawasan kemalangan itu meringkaskan kronologi kejadian

Berikut adalah ringkasan saksi kejadi apa yang berlaku di kawasan itu

“ISTERI BERSAMA 7 ORANG ANAK MENINGGAL DALAM KERETA.KALAU KERETA ROSAK JANGAN DUDUK DALAM KERETA,BAHAYA!!!Kebetulan abg lalu kawasan nie,eksiden baru berlaku dalam pukul 11.30 malam tadi,kereta 3 biji dirempuh lori pasir DI LALUAN KECEMASAN.

abg pun berenti turun nak bantu…nampak 1 orang dah meninggal bahu jalan,lepas tu ada perempuan atas jalan cedera ringan.

abg pergi dekat lori besar nie nampak ada kereta kat bawah dia,abg tak nampak orang dalam kereta dah hancur.datang satu abg nie
MENANGIS,BANG TOLONG BANG.ANAK DGN ISTERI 7 ORANG BAWAH DALAM KERETA NI BANG…

Langsung lembik lutut abg dengar,abg peluk abg tu.abg cakp sabar bang…sabar bang…sedih sangat².abg pujuk pelan² ajak dia duduk tepi bertenang selawat…dia sedih ulang².ank isteri saya bang.anak isteri saya…terus abg tak kuat..abg tanya budak² lain cakap ambulan,polis dgn bomba dah panggil dah.

Lepas abg tutup mayat tepi rivider tu,abg start kereta abg jalan.sedih bercampur marah…bercampur baur perasaan abg.semoga allah berikan kekuatan buat abg nie,sungguh berat ujian abg nie.

Driver lori ni,bawak anak 2 orang dan isteri,dia takut dah.abg cakap ambik anak² duduk tepi dulu bang…geram sangat².ada 2 pomen 1 meninggal…1 pergelangan kaki pecah.meninggal tengah buat kebajikan insyaallah husnul khotimah.Semoga allah tempatkan roh mereka dikalangan orang² beriman.

kali nie abg lemah tengok eksiden,sebab 1 keluarga meninggal dgn anak² kecik dalam 1 kajadian.gambar kepala lori tu bawah tu ada wira dah penyek,dalam wira ada 7 beranak

jangan lupakan doa ketika berangkat…mudah mudahan allah lindung kita semua amin allah humma amin.

  1. Semoga Allah ampunkan dosa dosa mereka dan ditempatkan di kalangan hamba hambanya yang beriman..Ya Allah kau berikan lah kesabaran buat suaminya dan ahli keluarga mereka yang lain untuk tabah hadapi ujian ini

About admin2

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.