Home / Masakan / Resepi Kari Ayam Dan Ubi Kentang

Resepi Kari Ayam Dan Ubi Kentang

KARI AYAM & UBI KENTANG

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam anggaran 1.8 kg – bersihkan dan dipotong
5 sudu besar serbuk kari ayam cap Adabi
2 cawan santan pekat
5 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 inci kayu manis
4 biji buah pelaga
5 cawan santan cair
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar cili kisar
4-5 biji ubi kentang
Garam secukup rasa

Boleh ditambah santan jika tak cukup dan boleh dikurangkan atau tambah bahan-bahan ikut pada selera sendiri .

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan ke tepikan dulu . Bersih dan kupas semua kulit ubi kentang kemudian ubi di potong 4 . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan yg ditumbuk bersama bunga lawang/bunga cengkih/kulit kayu manis/buah pelaga , biar sampai semua bahan masak wangi . Kacau semua bahan-bahan .
– Masukkan cili kisar dan biar sampai cili masak kemudian masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air . Kacau bahan-bahan dan biarkan sampai rempah masak dan pecah minyak.
2. Masukkan semua ubi kentang dgn santan ke dalam periuk , pastikan santan cair menutupi ubi kentang . Biarkan sampai kuah mendidih dan ubi kentang separuh empuk , masukkan semua ayam dan gaul semua bahan bagi sekata . Masukkan garam secukup rasa bersama kerisik . Masukkan santan pekat secukupnya
– Jika kuah terlalu pekat boleh la ditambah santan cair . Biarkan kuah mendidih dan sampai ayam masak , boleh la ditutup api dapur .

Kredit : Resepi Nannie

About admin2

Check Also

Peniag4 terpaksa naikkan harga, tampung kos bahan ment4h

ALOR SETAR: Peniaga makanan di negeri ini mendakwa. terpaksa menaikkan harga disebabkan tidak dapat. menampung …

Leave a Reply

Your email address will not be published.