Home / Masakan / Resepi Kari Ikan Salmon

Resepi Kari Ikan Salmon

KARI IKAN SALMON

BAHAN-BAHAN:
500grm isi ikan salmon
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kering yang dah dikisar lumat
1 peket rempah kari ikan
2-3 cawan santan pekat
4 biji tomato masak ranum
Garam dan air asam jawa secukup rasa
* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus , tomato dipotong kecil-kecil

CARA MEMASAK:
-Bersihkan isi ikan salmon dan tos ketepikan .
– Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari . Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu .
-Masukkan cili kering kemudian kacau dan terus masukkan rempah kari dibancur dengan sedikit air . Terus kacau semua bahan dan sekali-sekala kacau bahan-bahan supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan santan dan kacau sebentar bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ikan salmon tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah la air asam jawa . Biar sampai ikan masak baru ditutup api dapur .
Kredit : Resepi Nannie

About admin2

Check Also

Peniag4 terpaksa naikkan harga, tampung kos bahan ment4h

ALOR SETAR: Peniaga makanan di negeri ini mendakwa. terpaksa menaikkan harga disebabkan tidak dapat. menampung …

Leave a Reply

Your email address will not be published.