Home / Masakan / Resepi Kari Kepala Ikan Merah

Resepi Kari Kepala Ikan Merah

KARI KEPALA IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan merah – berat 1 kg
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 peket rempah kari ikan
5 cawan santan – boleh tambah
kacang bendi & terung
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
– Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari.
– Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit . Jika rempah nampak kering tambah sedikit minyak masak , kacau sampai rempah masak dan terbit minyak , bau harum

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan , asam keping dan kacau . Biar mendidih dan masukkan ikan merah dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera.

-Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi atau terung dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak kacang bendi begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek .
Kredit : Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Peniag4 terpaksa naikkan harga, tampung kos bahan ment4h

ALOR SETAR: Peniaga makanan di negeri ini mendakwa. terpaksa menaikkan harga disebabkan tidak dapat. menampung …

Leave a Reply

Your email address will not be published.