Home / Masakan / Resepi Kari Udang Dengan Nenas

Resepi Kari Udang Dengan Nenas

KARI UDANG DGN NENAS

BAHAN-BAHAN :
500gm udang kertas saiz besar
1 biji nenas saiz sederhana – dibersih dan dipotong kecil
2 cawan pati santan- boleh tambah
1 cawan santan cair
1 peket rempah kari udang – cap Adabi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kayu manis – 2 cm
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 sudu besar kerisik
Garam dan air asam jawa secukup rasa
CARA MEMASAK :
1) Bersihkan udang dan buah nenas kemudian kupas semua bawang , halia dan dimayang halus . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi .

2) Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak. Jika rempah nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak .

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan air asam jawa secukup rasa , kerisi secukupnya , semua buah nenas dan kacau . Bila nenas dah nampak layu serta masak boleh dimasukkan semua udang dan terus kacau . Masukkan garam / gula secukup rasa dan biarkan udang masak baru la ditutup api dapur . Jangan masak terlalu lama nanti udang terover masak serta menjadi liat .

Kredit : Resepi Nannie

About admin2

Check Also

Peniag4 terpaksa naikkan harga, tampung kos bahan ment4h

ALOR SETAR: Peniaga makanan di negeri ini mendakwa. terpaksa menaikkan harga disebabkan tidak dapat. menampung …

Leave a Reply

Your email address will not be published.