Home / Masakan / Resepi Siput Sedut Masak Kicap

Resepi Siput Sedut Masak Kicap

siput sedut masak kicap

bahan-bahannya :
800 gram siput sedut – perlu potong ekornya dan dibersihkan
2 biji telur ayam
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 biji cili api
Setengah inci halia
Kicap pekat
Garam, dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya penyediaannya :
Permulaannya bawang merah, putih dan halia ditumbuk kasar. Kemudian telur dipukul sehingga kembang kemudian ketepikan.
Selepas itu panaskan minyak, tumis bawang dan halia yang telah ditumbuk kasar tadi. Setelah naik bau, anda bolehlah masukkan siput sedut yang telah dibersihkan tadi. Seterusnya gaul sehingga rata dan anda dapati air dari siput sedut akan keluar perlahan-lahan.
Setelah itu, masukkan kicap pekat dalam anggaran 4-5 camca besar dan gaul sebati.
Kemudiannya masukkan garam, dan gula secukup rasa serta gaul sehingga kuah kicap bertambah pekat.
Apabila kuah kelihatan hampir-hampir pekat, anda bolehlah masukkan telur yang telah dipukul tadi dan gaul sehingga sebati sehingga adunan telur kelihatan melekat pada kulit siput tadi.
Apabila siput dan airnya hampir-hampir kering, bolehlah diangkat dan hidangkan.

Kredit : Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Peniag4 terpaksa naikkan harga, tampung kos bahan ment4h

ALOR SETAR: Peniaga makanan di negeri ini mendakwa. terpaksa menaikkan harga disebabkan tidak dapat. menampung …

Leave a Reply

Your email address will not be published.