Home / Masakan / Resepi Sotong Masak Kicap Ringkas

Resepi Sotong Masak Kicap Ringkas

SOTONG MASAK KICAP RINGKAS

SOTONG MASAK KICAP RINGKAS
Bahan-bahannya:
600g sotong – dibersihkan dan dipotong bulat 1 inci dan ditoskan airnya.
1 biji bawang besar – dimayang bulat
3 biji cili merah/hijau – dihiris kasar
2 keping asam gelugor
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garam

Bahan tumbuk/hiris halus:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana

Cara-caranya:

Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul rata hingga bawang besar layu dan sotong masak. (Masak sotong jangan terlalu lama, nanti dagingnya akan liat.)
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit : Cik Kamoo

About admin2

Check Also

Peniag4 terpaksa naikkan harga, tampung kos bahan ment4h

ALOR SETAR: Peniaga makanan di negeri ini mendakwa. terpaksa menaikkan harga disebabkan tidak dapat. menampung …

Leave a Reply

Your email address will not be published.