Home / Masakan / Resepi Telur Masak Kicap Pedas Berapi

Resepi Telur Masak Kicap Pedas Berapi

RESEPI : TELUR MASAK KICAP PEDAS BERAPI

3 biji telur ayam (goreng siap-siap buat telur mata kerbau ye)
2 sudu cili boh (cam biasa aku pakai cili giling puteri)
2 sudu kicap masin
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 labu bawang besar Holland dimayang kasar
Halia sebesar ibu jari di mayang halus (memanjang)
1 ulas bawang merah dan putih untuk menumis (mayang halus)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa (tak perlu pun ok je, sebab kicap pun dah masin!)
Serbuk perasa
1 keping asam keping
Sedikit air (jika ingin kuah lebih)
Minyak masak untuk menumis

Cara-caranya;

Tuang minyak masak ke kuali panas dan tumis bawang merah dan putih sehingga layu dan kekuningan. (ini step biasa, so agak-agaklah korang camne kan)
Masukkan cili boh dan goreng sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan semua jenis kicap di atas dan sos tiram
Kacau dan kacau sehingga benar-benar masak, kemudian masukkan sedikit air
Biarkan menggelegak, masukkan serbuk perasa, asam keping dan garam (jika perlu)
Bila dah rasa semua ok, masukkan telur yang telah digoreng
Kemudian masukkan bawang besar dan hirisan halia
Balikkan telur dengan lemah lembut, kang kasar berderai plak telur tu.
Tunggu sekejap hingga mendidih terus tutup api dan boleh dihidang

Kredit : Cik Kamoo

About admin2

Check Also

Peniag4 terpaksa naikkan harga, tampung kos bahan ment4h

ALOR SETAR: Peniaga makanan di negeri ini mendakwa. terpaksa menaikkan harga disebabkan tidak dapat. menampung …

Leave a Reply

Your email address will not be published.