SALAM SEMUA…
Saya Farhana Zainuddin dengan rendah diri nak tawarkan perkhidmatan RETORT SECARA PERCUMA untuk mana-mana usahawan, NGO yang nak infaq makanan Ready To Eat ke mangsa banjir di Selangor, Pahang dan negeri-negeri yang terjejas..
Kami ada mesin retort yang boleh muatkan 500 pek dalam 1 masa, maksimum pengeluaran sehari 2000 pek, cuma kami tiada kekuatan untuk sediakan dan packing makanan..
Mana-mana usahawan yang boleh buatkan (masak dan packing) boleh mai hantaq kat kami untuk kami masukkan dalam mesin. InsyaAllah lepas keluar dari mesin, produk tahan suhu bilik selama setahun..
Dengan adanya produk retort ni, mangsa banjir boleh buka dan makan pada bila-bila masa tanpa perlu panaskan..
Antara contoh makanan Ready To Eat boleh dibuat, sambal bilis, sambal ayam, nasi goreng, nasi putih dan lain-lain yang bersesuaian..
Mana-mana yang berminat untuk membuat infaq tersebut boleh hubungi saya.
Farhana: 019-4524610
Lokasi: MARA Halal Park Kuala Perlis
Boleh war-warkan..