Home / Viral / MerdekaMalaysia / Bantuan mangsa banjir: Pejabat daerah segera buat penilaian kerosakan – Abdul Latiff
bantuan-mangsa-banjir:-pejabat-daerah-segera-buat-penilaian-kerosakan-–-abdul-latiff

Bantuan mangsa banjir: Pejabat daerah segera buat penilaian kerosakan – Abdul Latiff

Penilaian kerosakan bagi tujuan memberikan bantuan dana kepada mangsa banjir yang terjejas akan dilakukan dengan segera, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata laporan berkenaan akan disediakan oleh Pejabat Daerah yang terlibat dengan bencana alam itu dan harus dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal Daerah sebelum satu salinan diberikan kepada pihaknya untuk bantuan diselaraskan.

“Kita lihat di Selangor ini ramai rakyat mengadu mengenai kehilangan harta dan infrastruktur seperti kenderaan, rumah hanyut dibawa banjir dan saya juga ingin menjelaskan jenis penjagaan dan pampasan, (ia) mungkin tidak lengkap tapi ada sumbangan dari kerajaan bagi menampung kerosakan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Kampung Sungai Serai, Hulu Langat hari ini.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM100 juta bagi membaiki kerosakan kediaman dan infrastruktur akibat banjir.

Selain itu, Abdul Latif juga meminta urusan bantuan RM1,000 ringgit untuk mangsa banjir dipermudahkan oleh pejabat daerah untuk mempercepatkan proses pemberian bantuan kepada mereka yang memerlukan dan sudah cukup syarat.

“Disebabkan kejadian banjir ini ramai yang hilang dokumen jadi untuk permudahkan urusan, mereka harus buat satu laporan polis dan kata mereka adalah mangsa banjir.

“Permudahkan urusan mereka, kita di Nadma kalau boleh semalam kita hendak bayar RM1,000 tapi kita tiada data lagi,” katanya.

Dalam pada itu, sehingga 8 pagi hari ini sebanyak tujuh buah negeri telah terkesan akibat bencana banjir iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur dan sebanyak 64,502 orang mangsa daripada 14,250 keluarga kini ditempatkan di 385 PPS.

Bagi situasi banjir di Hulu Langat, Selangor sejak Sabtu 18 hingga 21 Dis sebanyak 2,165 mangsa telah dibawa keluar oleh anggota penyelamat.

Beliau juga sempat mengingatkan masyarakat untuk sentiasa berwaspada dengan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia supaya lebih bersedia jika bencana banjir besar berulang pada masa terdekat.

– Bernama

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.