Home / Viral / MyOdisi / Ini Tips Lawan Pemaju Degil Tak Mahu Baiki Kerosakan Rumah Dibeli
ini-tips-lawan-pemaju-degil-tak-mahu-baiki-kerosakan-rumah-dibeli

Ini Tips Lawan Pemaju Degil Tak Mahu Baiki Kerosakan Rumah Dibeli

Membeli rumah baru merupakan impian setiap orang. Ilmu pemilikan serta maintenance terhadap rumah juga wajib dipelajari oleh setiap pembeli rumah baru kerana harga untuk memiliknya amat tinggi bahkan kos untuk menampung pembiayaan juga mencecah puluhan tahun.

Pemilikan rumah juga boleh dibuat melalui KWSP, boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Namun, bukan setiap kali langit itu cerah, kadang-kadang ada juga masalah yang dihadapi selepas pemilikan rumah. Antaranya adalah kerosakan atau defect yang berlaku selepas masuk ke rumah baharu.

Untuk pengetahuan anda, terdapat cara untuk mendapatkan pampasan daripada pihak pemaju sekiranya rumah yang anda beli terdapat defect, Mari kita ikuti caranyua di bawah.

Lain kali tak payah bertekak dengan pemaju kalau pemaju berdegil tak nak repair kerosakan rumah kita (defect), buat sakit anak tekak je. Kalau rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan.

Kalau mereka tak nak repair defect, buat ikut langkah ini.

Langkah 1. Hantar surat rasmi kepada pemaju dan CC kepada peguam S&P kita. Hantar guna pos berdaftar (supaya ada rekod).

Langkah 2. Tiada tindakan selepas 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan buat aduan ke Tribunal. Surat mesti CC kepada peguam S&P.

Langkah 3. Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawa 2 surat ni dan pergi ke Tribunal. Tribunal memang akan memihak pada Pembeli.
Nota:

1. Kenapa kene CC kepada peguam S&P kita?

Sebab duit pinjaman dari Bank pinjaman kita, peguam kita yang kawal. Kebiasaannya peguam & bank tak kan lepas kan duit 100%, mereka hanya release 95% sahaja dan akan simpan 5% retention sum.

Kontraktor mesti selesaikan semua kecacatan baru boleh terima 5% retention sum selepas DLP.

2. Bila peguam dan bank akan lepaskan 5% retention sum?

Bank akan lepaskan retention sum after end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.

Tapi pemaju pun cuba tipu saya, mengatakan DLP hanya 3 bulan semasa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, so memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industri ni, mudah saya nak double confirm dengan Arkitek, Quantity Surveyor dan Contractor lain.

3. Apa guna Bank tahan 5% retention sum tu?

Apabila jadi kalau kontraktor berdegil tak nak repair kerisakan rumah (defect) tu masa DLP period. Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti langkah-langkah di atas.

Pemaju pun boleh baiki dan tolak dari amount 5% retention sum.

4. Apa jadi keretakan selepas tempoh DLP?

Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antaranya keretakan dinding. Masih ada Warranty bangunan, ni saya tak pasti berapa lama, mungkin 50 tahun (maaf saya tak ingat).

So apa tindakan yang perlu kita lakukan? Hantar surat ke Pemaju, dah buat langkah ke 2 masih tiada maklumbalas dari Pemaju, pergi Tribunal buat aduan.

Kawan saya beli rumah subsale kat Antara Ghapi, rumah retak (Major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report ke PKNS, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, tu yang menyebabkan rumah tu rosak teruk.

============

kerosakan rumah

Pengalaman saya

Pengalaman PERTAMA

Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah.

Saya isi form kerosakan rumah (defect) kat pemaju tapi alasan pemaju cermin di balkoni tu external (luar rumah) so tu bukan under defect yang kontraktor perlu baiki. Pemilik kena baiki sendiri. Kontraktor hanya baiki dalam rumah sahaja.

Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya. Hurm, tak perr.

Saya just buat first step. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar by pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.

Tapi kalau guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawa ke mahkamah tribunal.

Hari ketiga tu, wakil pemaju dan pihak kontraktor datang ke rumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula.

Kes SELESAI.

……….

Pengalaman KEDUA

Kebocoran dalam bilik air saya betul-betul di atas cermin, menyebabkan cermin jadi tompok-tompok hitam.

Cermin tu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.

Saya dah check dengan rakan saya merupakan Quantity Surveyor, cermin saya rosak disebabkan kecacatan bangunan memang tanggungjawab kontraktor kena tukar baru.

Kontraktor tak nak layan, so saya buat sampai langkah kedua. Lepas tu kontraktor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5% retention sum tu peguam kita tahan.

So kontraktor kena dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum tu.

Tak sempat pun saya buat aduan ke tribunal 🙂

Kes SELESAI

About mohd cucu

Check Also

‘isteri-sedia-ada’-kini-akan-dipanggil-mahkamah-syariah-untuk-sahkan-kemampuan-suami-untuk-kahwin-satu-lagi

‘Isteri Sedia Ada’ Kini Akan Dipanggil Mahkamah Syariah Untuk Sahkan Kemampuan Suami Untuk Kahwin Satu Lagi

Berita buruk dan amat merbahaya buat para suami di Malaysia yang bercita-cita untuk menambah lagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.