Home / Viral / MerdekaMalaysia / Cuti KSU, ketua pengarah jabatan dibatal serta-merta
cuti-ksu,-ketua-pengarah-jabatan-dibatal-serta-merta

Cuti KSU, ketua pengarah jabatan dibatal serta-merta

Cuti semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan dan agensi kerajaan dibatalkan serta-merta, kata Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki berkata ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkenaan arahan pembatalan cuti bagi anggota Kabinet dan mengarahkan semua menteri yang sedang bercuti di luar negara supaya pulang segera.

“Saya turut mengarahkan semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan/agensi bagi perkara yang sama berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia berkata ini bagi membolehkan semua agensi kerajaan menggembleng tenaga dalam memastikan kesiapsiagaan seluruh jentera kerajaan untuk mengharungi keadaan semasa negara demi rakyat.

Ismail Sabri dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Bentong, Pahang hari ini berkata menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan cuti masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.

-Bernama

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.