Home / Viral / BabyWord / Selepas 21 tahun, Syanie tak sangka dapat jumpa ‘anak’ dalam Senario Lagi
selep4s-21-tahun,-syanie-tak-sangk4-dapat-jumpa-‘anak’-dalam-senario-lagi

Selepas 21 tahun, Syanie tak sangka dapat jumpa ‘anak’ dalam Senario Lagi

Pelakon era 90an, Syanie Hisham, 47, teruja dan gembira apabila dapat bertemu kembali dengan ‘anaknya’ dalam filem Senario Lagi, Alhariz Ismail, 32, yang ditayangkan pada tahun 2000.

Fariz yang melakonkan watak kanak-kanak bernama Zali dalam filem itu berbesar hati untuk pergi menemui Syanie dan rakan-rakannya yang sedang menjalani penggambaran filem Jaga Jaga Senariounion.

Ujar Syanie, segalanya bermula ketika dia dan rakan-rakan artis lain yang sedang menjalani penggambaran filem tertanya-tanya di manakah keberadaan ‘Zali’.

“Jadi, sewaktu saya dan Wahid Senario buat video secara langsung di media s0sial, kami bertanya jika ada sesiapa yang kenal dan tak sagka pula rakaman itu tular.

“Kebetulan, sepupu Hariz ada menonton rakaman itu dan kongsikan dengan keluarganya. Tak lama selepas itu, ibu Hariz menghubungi saya menerusi mesej di Instagram dan dapatlah saya menghubunginya,” katanya seperti dilap0r dalam Harian Metro.

Hariz kemudiannya hadir di lokasi penggambaran ketika mereka menjalankan penggambaran babak kenduri kahwin, malam semalam.

“Malam semalam dia hadir dan dapatlah kami semua bersua. Dah besar dah ‘Zali’. Kalau dapat jumpa lebih awal, memang kami terfikir untuk masukkan dia sekali dalam filem ini.

“Jadi, dia terbabit sama ketika babak majlis perkahwinan. Namun, saya tak pasti sama ada mereka (produksi) sempat masukkan dia atau tidak. Tapi, memang seronok dapat berjumpa kenalan-kenalan yang dah lama tak berjumpa,” katanya.

Babak Syanie bersama Hariz (dua dari kiri) serta Azlee Senario (kanan) dan Mustapha Kamal (kiri) dalam filem Senario Lagi pada 2000.

Sementara itu, Hariz ketika dihubungi berkata, pertemuan semula itu mengimbau kenangan lama ketika dia berlakon bersama artis-artis senior seperti Syanie dan Senario ketika berusia 11 tahun.

“Pertemuan semalam memang sangat membuatkan saya teruja selepas 21 tahun tak bertemu dengan mereka.

“Walaupun sudah lebih 20 tahun, mereka masih seperti dulu. Saya pula yang rasa semakin membesar dan meningkat usia,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka dirinya masih diingati pelakon-pelakon senior terutamanya Syanie yang menjadi ibunya dalam filem Senario Lagi itu.

“Saya memang tak sangka mereka masih ingat dan mencari saya. Bila nampak video kak Syanie mencari ‘Zali’, memang saya pun terkejut dan hubunginya menerusi Instagram sebelum berbual secara panggilan video.

“Semalam, saya sempat hadir untuk bertemu mereka semua. Walaupun terlambat sebab keses4kan lalu lintas, dapat juga melepas rindu,” katanya.

Kini, Hariz yang sudah berkahwin tidak lagi aktif sebagai pelakon.

“Ada juga beberapa kali saya menjadi pelakon tambahan untuk drama antaranya Keluarga Pasar dan Bionik, tapi kini tidak lagi aktif. Namun, kalau ada tawaran saya rasa saya akan cuba terima,” katanya.

Hariz kini mengusahakan perniagaan menjual barangan kelengkapan permainan video PS4 secara dalam talian.

Dalam filem terbaharu Jaga Jaga Senariounion, Syanie yang terbabit dalam empat filem bersama Senario sebelum itu membawa watak ibu yang melalui dile.ma apabila anaknya ingin berkahwin.

Selain Syanie, filem arahan Aziz M Osman itu turut dibintangi anggota Senario iaitu Azlee, Wahid, Saiful Apek, Hamdan, Ilya dan Yassin serta pelakon lain antaranya Am Raja Lawak, Farisha, Badrul Shah, Bobby Kiran dan Prono.

Sumber:H4rianMetro

Thepostbd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya di Article Update

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Dalam Dan Luar Negara di thepostbd.com

About mohd cucu

Check Also

“berkat-kesab4ran-kena-bencana”-ebby-yus-dap4t-bantuan-bina-rumah-b4ru-rm56,000

“Berkat Kesab4ran Kena Bencana”- Ebby Yus Dap4t Bantuan Bina Rumah B4ru RM56,000

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Ebby Yus menerima sumbangan daripada kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.