Home / Viral / MyOdisi / Tindakan Pemuda India Bawa Generator Untuk Mangsa Banjir Cas Telefon Secara Percuma Terima Pujian
tindakan-pemuda-india-bawa-generator-untuk-mangsa-banjir-cas-telefon-secara-percuma-terima-pujian

Tindakan Pemuda India Bawa Generator Untuk Mangsa Banjir Cas Telefon Secara Percuma Terima Pujian

Taman Sri Muda, Shah Alam antara lokasi yang terjejas teruk selepas negara dilanda hujan tanpa henti selama beberapa hari. Disebabkan fenomena air termenung, penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sebelum takungan air banjir bergenang dipam keluar.

Tidak dinafikan, pada ketika ini selain daripada bantuan makanan, pakaian dan alat keperluan harian, telefon juga antara barangan yang penting supaya informasi bantuan dapat disalurkan dengan cepat selain daripada berhubung dengan orang luar terutamanya keluarga untuk kemas kini keadaan terkini.

Cakna dengan keperluan yang satu ini, gambar seorang pemuda berbangsa India yang memasuki kawasan Taman Sri Muda menggunakan kenderaan 4×4 bersama generator menarik perhatian ramai.

B500D87D-A8E9-4511-8D63-48EC06AC6E22
Sumber: Albert Chung

Menyediakan perkhidmatan cas telefon secara percuma, gambar yang dikongsi seorang pengguna Facebook, Albert Chung ramai yang memuji tindakan beliau yang berfikir di luar kotak dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

About mohd cucu

Check Also

‘isteri-sedia-ada’-kini-akan-dipanggil-mahkamah-syariah-untuk-sahkan-kemampuan-suami-untuk-kahwin-satu-lagi

‘Isteri Sedia Ada’ Kini Akan Dipanggil Mahkamah Syariah Untuk Sahkan Kemampuan Suami Untuk Kahwin Satu Lagi

Berita buruk dan amat merbahaya buat para suami di Malaysia yang bercita-cita untuk menambah lagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.