Home / Viral / MerdekaMalaysia / Tular rakaman 4 madu selamba suka ria dalam satu kereta. Sekali warganet tampil puji suami atas didikan isteri isterinya.
tular-rakaman-4-madu-selamba-suka-ria-dalam-satu-kereta-sekali-warganet-tampil-puji-suami-atas-didikan-isteri-isterinya.

Tular rakaman 4 madu selamba suka ria dalam satu kereta. Sekali warganet tampil puji suami atas didikan isteri isterinya.

Hidup bermadu bagaikan mimpi ngeri buat wanita yang telah berkahwin. Mana taknya, rata-rata tidak rela berkongsi kasih dengan suami tercinta apatah lagi hidup bersama sebagai satu keluarga. Namun, lain pula dengan perkongsian seorang wanita yang ternyata masih mampu tersenyum meskipun telah bermadu empat buat warganet terpegun.

“Babyboy happy dapat mommy baru lagi.”

Menerusi perkongsian @tgshamimi di Tiktok, meraih perhatian warganet apabila dia memuat naik ‘ketenangan’ 4 orang madu yang duduk sekali dalam kereta slap bergelak ketawa lagi!. Apa yang lebih menarik perhatian adalah hubungan mesra dan ‘baik’ sesama mereka yang dilihat tersenyum gembira ditambah lagi dengan gambar bersama di atas pelamin dipercayai perkahwinan madu yang ke-4.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi didapati dari warganet sama ada yang terkejut, tidak menerima malahan ada yang sempat berseloroh bertanya ‘tips’ diguna pakai oleh suami mereka sehingga mampu bekahwin 4.

“Suami amalkan apa sampai 4.”
aku memang tak boleh nak terima kalau macam ni
rasa nak tag wife tp tkut tidur dekat luar pula malam ni
bkan bermadu betul pun

Sumber : https://transformasi.pw/

Disebabkan Mahu Cari Saham Akhirat Dan Terlalu Sayangkan Suami. Ezlynn Berhajat Nak Lengkapkan Kouta Buat Suaminya.

Kuala Lumpur: Selepas mengumumkan perkahwinannya dengan penderma hati pertama negara Wan Mohd Hafizam Wan Ismail pada 11 September lalu, penyanyi Ezlynn tampil pula memberitahu dia mahu mencari madu atau ‘isteri baharu’ untuk suaminya lagi.

Ezlynn, 39, atau nama sebenarnya Azline Ariffin yang dihubungi berkata, keputusan itu dibuat kerana dia terlalu menyintai suaminya, selain mahu mencari ‘saham akhirat’.

“Dalam Islam pun membolehkan lelaki berkahwin empat. Saya nak cukupkan suami saya ada empat isteri. Kalau ada yang sanggup bermadu dengan saya, boleh terus mesej di Instagram.

“Kita hidup hanya sementara, mesti kena gembira. Jom mengorak langkah menuju ‘jannah’ (syurga). Saya mengangkat sunnah Rasullullah SAW, dan saya yakin boleh hidup berma.du,” katanya berterus terang kepada Harian Metro.

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini mengakui, dia sudah mula bertanyakan beberapa orang individu dan ada yang sudah bersetuju untuk menjadi madu baharunya.

“Cuma saya masih lagi cari yang sesuai untuk dia. Suami memang tahu berkenaan perkara ini kerana saya mengutarakan ‘hajat’ dan kami sudah bincang mengenainya.

“Sebab itulah saya putuskan nak cari madu yang baik dan sesuai, yang sudi terima saya sebagai madu juga.

“Maksudnya berkahwin dengan saya sekalilah dan bukan dengan suami saja. Sebabnya, nanti banyak perkara perlu dilakukan oleh kami bersama,” katanya.

Ezlynn berkata, mereka mengangkat sunnah Rasullullah SAW dan dia amat mementingkan kebahagiaan suaminya.

“Kebahagian suami penting bagi saya. Dalam dunia ini saya dah tak perlu apa-apa lagi. Saya nak cari saham akhirat saja.

“Mana-mana yang boleh saya dapat reda Allah dan ‘syafaat Rasulullah’, saya akan ikut. Inilah hadiah buat suami saya,” katanya.

Ezlynn sebelum ini berkata, Wan Hafizam, 45, memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, kerana dia mencari seorang imam dalam hidupnya.

“Saya tertarik dengannya sebab hatinya. Dia orang yang hebat bagi saya dan tak berkira serta banyak membantu orang. Dia bukannya buat untuk dunia, tapi lebih kepada akhirat,” katanya.

Detik perkenalan Ezlynn dan suami, Wan Hafizam bermula apabila sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NG0) pada tahun lalu. Sumber:hmetro

Dalam diam Ezlynn dah 2 minggu kahwin. Akhirnya terbongkar suaminya bukan calang calang orang.

Awalnya kami berdua kawan saja, tiada perancangan untuk kahwin pun. Tapi sudah jodoh kami untuk bersama,” kata penyanyi Ezlynn Ariffin, 39, yang mengesahkan bertemu jodoh dengan penderma hati pertama negara, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin berkata, pernikahan mereka berlangsung dua minggu lalu tanpa diadakan sebarang majlis. “Dia hubungi ibu bapa saya meluahkan hasratnya. Keluarga saya setuju dan ayah jadi wali, manakala abang jadi saksi.

Prosesnya amat mudah. Pernikahan kami dibuat dari rumah secara dalam talian. Lagipun kami tak pernah merancang untuk kahwin dan semuanya kerja Allah,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Ezlynn, detik perkenalan mereka bermula apabila sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.

“Kami kenal-kenal begitu sahaja dan dia ada tolong saya dalam beberapa kerja yang dilakukan. Saya tertarik dengannya sebab hatinya. Dia orang yang kuat agama dan tak berkira serta banyak bantu orang. Dia bukannya buat untuk dunia dan lebih kepada akhirat.

“Itu yang buat saya tertarik kerana saya pun dah tak cari dunia dan lebih kepada ak.hirat. Saya nak cari orang yang begitulah. Keluarganya pun sangat okey,” katanya.

Ezlynn berkata, dia menghormati kehendak keluarganya dan apabila mereka melarang mengadakan majlis secara besar-besaran. “Saya nak jaga keluarga dan bukan orang luar. Saya nak jaga Allah dan bukan semua orang.

Saya tenang jalani kehidupan tanpa perlu letak gambar kami di media sosial. Saya hormati semua orang. Saya tak nak tunjuk kebahagiaan kerana bimbang mengundang penyakit ‘ain’ jika ada yang melihatnya sehingga menyimpan bibit-bibit cemburu dalam hati.

“Saya tak nak ulas status suami kerana yang penting saya sudah selamat bergelar isterinya. Kalau orang nak salahkan fasal poligami, ibaratnya mengata Rasulullah SAW kerana dalam Islam dibolehkan,” katanya yang memohon masyarakat mendoakan kebahagiaan mereka.

Ezlynn sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada 20 November 2011 sebelum berpisah pada 2017. Namun, perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Sementara Wan Hafizam pula mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan pertamanya. Sumber:HM via IG ezlynnariffin/ IG wanhafizam

Tidak Pernah Merancang Untuk Mendirikan Rumahtangga. Ezlynn Ariffin Kahwin Dalam Senyap.

PETALING JAYA – “Saya tahu dia artis tapi tak sangka boleh bertemu jodoh dengannya,” kata Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail, 45, yang mengesahkan perkahwinan dengan penyanyi, Ezlynn Ariffin, 39.

Beliau yang dihubungi Kosmo! sebentar tadi berkongsi berita gembira tersebut dan menceritakan kisah detik perkenalan mereka.

“Ada satu perkara mengenai Ezlynn yang saya suka iaitu dia amat menitik beratkan soal solat. Dia amat menjaga perkara tersebut walaupun sesibuk mana pun.

“Saya sendiri tidak menyangka akan bertemu jodoh dengannya kerana saya hanya orang biasa manakala dia seorang penyanyi terkenal,” kata penderma hati pertama negara itu hari ini.

Bercerita mengenai detik awal perkenalan mereka, Hafizam memberitahu, ia bermula dalam satu program amal membabitkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sekitar tahun lalu.

“Pada mulanya, kami bekerjasama dalam satu program amal di sekitar Kuala Lumpur pada tahun lalu. Saya hanya mengenali dia(Ezlynn) sebagai seorang penyanyi dan sudah semestinya dia tidak mengenali saya,” selorohnya.

Katanya, mereka tidak pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga apa lagi untuk bertemu jodoh.

“Saya sendiri tidak menyangka bertemu jodoh dengannya kerana perkara ini berlaku dalam tempoh yang singkat. Saya hanya menjalani babak-babak percintaan selepas berkahwin dengan Ezlynn.

“Sebelum ini, saya ada memberitahu hasrat untuk berkahwin kepada ibu bapa Ezlynn termasuk keluarga saya dan mereka telah bersetuju. Saya telah dinikahkan sendiri oleh bapa Ezlynn dalam satu majlis yang sangat ringkas pada dua minggu lalu di rumah Ezlynn.

“Majlis pernikahan itu dijalankan secara ringkas dan segala urusan berjalan lancar. Saya juga memohon orang ramai mendoakan perkahwinan kami kekal dan bahagia hingga ke akhirat,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke jannah.

Wan Mohd. Hafizam pernah menggemparkan seluruh tanah air pada 23 tahun lalu selepas mendermakan sebahagian hatinya kepada Afiq Iqmal yang berusia 14 bulan ketika itu walaupun tiada pertalian dr4h antara mereka. Sumber:– K! ONLINE

Tular Ucapan Selamat Tinggal Housemate Yang Bakal Berkahwin Bikin Ramai Sebak. Rupanya Dah Selama Ini Mereka Berkawan.

Dalam bersahabat pasti kita tempuh suka duka bersama lebih-lebih lagi yang tinggal bersama. Dikala berjauhan dengan keluarga, sahabat dan teman merupakan ahli keluarga terdekat. begitu lah yang dihadapi oleh individu yang dikenali sebagai Shila ini.

Berkongsikan detik-detik sebak memberi ucapan terakhir buat sahabat baiknya kerana bakal menjalani hidup baru sebagai isteri orang kerana bakal berkahwin. Sahabat yang merupakan teman serumahnya itu sudah dianggap seperti kakaknya sendiri. Sudah setahun lebih hidup bersama temannya, segala suka duka, duit, baju dikongsi bersama, pasti berat bakal tinggalkan temannya itu.

Melihat kepada video itu, buat ramai turut sebak dengan keakraban mereka. Mungkin bagi sesetengah orang setahun setengah merupakan waktu yang singkat, namun bagi orang lain mungkin itu adalah saat yang paling dihargai lebih-lebih lagi jika teman itu sahaja yang ada setia menemaninya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sebak mendengar perbualan mereka yang berakhir dengan tangisan dan berdakapan antara satu sama lain.

Sumber : Motif Viral

Thepostbd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya di Article Update

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Dalam Dan Luar Negara di thepostbd.com

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.