Mukbang yang popular sejak beberapa tahun lalu mungkin tidak asing bagi anda. Ia merupakan video siaran langsung seseorang makan dalam kuantiti yang sangat banyak sambil mengutamakan ASMR iaitu bunyi tekstur makanan saat digigit. Secara globalnya, ramai YouTubers yang berjaya meraih pendapatan lumayan hanya dengan ‘menjual’ content sedemikian rupa.
Populariti menggunung sejak tahun 2016
Salah seorangnya yang agak popular adalah Nikocado Avocado di mana namanya mula meletup sejak tahun 2016. Apabila sedar videonya mendapat sambungan hangat, hampir setiap hari dia memuat naik video mukbang terbaru selain terus mengumpul jutaan pengikut. Pun begitu, saban tahun saiz badannya semakin membesar sekali gus disahkan obesiti dengan berat ratusan kilogram.
Rupanya dahulu Niko adalah vegan…Langsung tak makan daging, hanya makan yang berasaskan tumbuhan
Lebih mengejutkan, rupanya suatu ketika dahulu Niko merupakan golongan vegan iaitu seseorang yang hanya makan sayur atau buah dan menolak sepenuhnya pengambilan makanan berunsurkan haiwan. Namun demi mengejar keuntungan melalui video mukbang, keadaan kesihatannya terus ditolak tepi tanpa menyedari akhirnya ‘memakan’ diri sendiri. Akibat masalah obesiti melampau, Nik pernah mendedahkan dia mengalami disfungsi erektil (masalah kesuburan) selain 3 tulang rusuknya terpatah ketika cuba baring di atas katil selepas bersin.
Hidap masalah depresi sejak kecil lagi
Namun dia masih belum serik dan meneruskan kerja ‘makan-makan’ itu seperti biasa. Sebelum ini melalui portal Insider, lelaki 28 tahun berkenaan mengakui mempunyai masalah depresi sejak kecil membuatkan dia ‘dahagakan’ perhatian dan ingin dipandang orang sebagai spotlight utama.
“Saya keluar masuk pusat terapi sejak umur 5 tahun. Makan ubat antidepress dari umur 7 tahun. Saya cuma nakkan perhatian. Saya ni macam ikan kecil di tengah laut. Lantaklah. Semua pun memang dah benci saya. Saya ambil kamera rakam jela”
Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Thepostbd.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.