Home / Viral / MerdekaMalaysia / Pegawai pendaftar mahkamah JB diserang tahanan
pegawai-pendaftar-mahkamah-jb-diserang-tahanan

Pegawai pendaftar mahkamah JB diserang tahanan

Seorang pegawai pendaftar Mahkamah Johor Bahru berdepan detik cemas apabila diserang seorang tahanan di mahkamah berkenaan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Supt Lim Jit Huey berkata kejadian berlaku pada 11.20 pagi tadi ketika proses permohonan reman sedang berlangsung di dalam mahkamah itu.

“Seorang tahanan lelaki secara tiba-tiba menyerang pegawai wanita itu namun keadaan dapat dikawal oleh anggota polis yang bertugas.

“Pegawai tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Lim berkata kes itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

– Bernama

Thepostbd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya di FB Article Update

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Dalam Dan Luar Negara di thepostbd.com

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.