Home / Viral / MyOdisi / Pihak Berwajib Wajar Belajar Dari Tragedi Feri Sewol; Bantuan Tidak Boleh Lambat!
pihak-berwajib-wajar-belajar-dari-tragedi-feri-sewol;-bantuan-tidak-boleh-lambat!

Pihak Berwajib Wajar Belajar Dari Tragedi Feri Sewol; Bantuan Tidak Boleh Lambat!

Selepas mengalami situasi hujan lebat yang berterusan sejak pertengahan Disember 2021, beberapa negeri mula dinaiki air termasuklah kawasan Lembah Klang yang mana banjir di Selangor antara disifatkan sebagai sesuatu di luar jangkaan.

Antara kawasan yang paling teruk sekali terkena limpahan banjir ini adalah di Taman Sri Muda. Penduduk kawasan ini terputus bekalan elektrik serta makanan, dan terdapat beberapa dakwaan bahawa bantuan lambat tiba untuk menyelamatkan mereka.

Situasi ini diulas oleh seorang pengguna Facebook bernama Husna Adnan, di mana beliau mengaitkan keadaan di kawasan berkenaan adalah seperti kejadian tragedi Feri Sewol yang karam di peraiaran Korea Selatan. Mari kita ikuti pandangan beliau.

MENGAPA BANTUAN TIDAK BOLEH LAMBAT! – BELAJAR DARI TRAGEDI FERI SEWOL

Walaupun insiden yang berlaku pada 16 April 2014 ini tidak sama sekali berkenaan banjir besar, namun kelewatan bantuan dan arahan pihak atasan adalah punca utama kematian 304 penumpang termasuk 250 pelajar sekolah menengah.

Pagi 16 April, Feri Sewol yang dalam perjalanan menuju ke Jeju dari Incheon, tiba-tiba senget dan mulai tenggelam; dipercayai berpunca daripada lebihan muatan.

Di dalamnya ada seramai 476 penumpang, termasuk 325 pelajar Danwon High School yang sedang dalam program lawatan sekolah.

8.50 pagi: Feri Sewol mulai tenggelam.
8.52 pagi: Terima panggilan kecemasan daripada salah seorang penumpang dipercayai budak lelaki (bukan kapten / krew kapal) – Sumber CNN

Bot nelayan dan orang persendirian datang bagi menyelamatkan mangsa, 40 minit sebelum Korea Coast Guard (KCG) datang.

Sudahlah lewat, kerja-kerja menyelamat tidak giat dijalankan kerana menunggu arahan Presiden.

👉 Siapa Presiden Korea Selatan ketika itu?

Park Geun-hay, wanita pertama yang dipilih sebagai Presiden Korea Selatan.

👉 Di mana dia ketika kejadian berlaku?

Dia berada di bilik tidur. Entah buat apa.

Ada juga versi dia ke salun buat rambut. Isk.

Kejadian jam 8.50 pagi, jam 10.20 pagi baru nak buat taklimat di pejabat sedangkan mesej terakhir daripada salah seorang mangsa menerusi Kakaotalk adalah pada 10.17 pagi.

👉 Jam berapa Park Geun-hay tiba di lokasi?

TUJUH JAM KEMUDIAN. 5.15 PETANG.

Sepanjang kehilangan Presiden Park yang hingga kini disifatkan sebagai misteri, kerja-kerja menyelamat dibuat sekadarnya kerana tiada arahan yang lengkap dari pihak atasan.

👉 Apa cerita Park Geun-hay sekarang?

Sedang menjalani 25 tahun penjara akibat rasuah dan salah guna kuasa pada April 2018.

Itu belum cukup menyesakkan dada kita.

feri sewol 1

👉 Kenapa para mangsa tidak keluar dari feri?

Waktu feri sudah senget dan mulai tenggelam, Kapten Feri Sewol, Lee Joon-Seok, dan krew kapal telah mengeluarkan arahan, “Duduk di tempat anda. Jangan ke mana-mana.”

Atas kepercayaan kepada pihak feri, lebih 300 penumpang akur dan duduk menanti bantuan yang tidak kunjung tiba.

Rakaman video para mangsa yang rata-rata pelajar sekolah Danwon, dapat ditonton di Youtube.

Sangat menyedihkan melihat mereka ketakutan, namun pada masa sama, ada yang tetap cuba menghiburkan rakan-rakan bagi meredakan ketegangan.

Mereka benar-benar sangka ada yang akan datang menyelamatkan mereka semua.

👉 Di mana Kapten Feri Sewol?

Lee Joon-Seok, Kapten Feri Sewol, menjadi nama bedebah yang tidak habis dimaki oleh rakyat Korea mahupun sesiapa saja yang mengikuti tragedi Feri Sewol kerana menjadi ORANG PERTAMA yang keluar dari feri demi menyelamatkan diri sendiri.

Lee menyamar sebagai salah seorang penumpang dan menaiki bot penyelamat namun kantoi selepas tersebar gambarnya yang diambil oleh KCG.
Kini Lee Joon-Seok selaku kapten jahat telah disabitkan kesalahan kerana pengabaian dan dihukum penjara 36 tahun.

Daripada 172 mangsa yang terselamat, hanya 75 dari Danwon High School. Mereka ini antara penumpang yang merasakan arahan kapten adalah meragukan lalu mereka keluar ke permukaan.

Hanya mereka yang sempat diselamatkan.

👉 Berapa lama Feri Sewol di permukaan laut sebelum benar-benar tenggelam?

DUA JAM SETENGAH.

Lihat impak tindakan dan arahan lambat, selain pengurusan tidak cekap dan selfish.

Mereka sudah belajar.

Kita juga perlu belajar!

Perasmian, potong kek, bunga api – can wait. Keselamatan mangsa yang ketakutan, kesejukan, lapar, dan letih yang harus kita utamakan.

#HusnaAdnan 🎗️

Sumber: Facebook Husna Adnan

Thepostbd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya di FB Article Update

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Dalam Dan Luar Negara di thepostbd.com

About mohd cucu

Check Also

‘isteri-sedia-ada’-kini-akan-dipanggil-mahkamah-syariah-untuk-sahkan-kemampuan-suami-untuk-kahwin-satu-lagi

‘Isteri Sedia Ada’ Kini Akan Dipanggil Mahkamah Syariah Untuk Sahkan Kemampuan Suami Untuk Kahwin Satu Lagi

Berita buruk dan amat merbahaya buat para suami di Malaysia yang bercita-cita untuk menambah lagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.