Home / Semasa / 46 lokasi tanah runtuh di Selangor dan Kuala Lumpur, 9 kritikal

46 lokasi tanah runtuh di Selangor dan Kuala Lumpur, 9 kritikal

46 lokasi tanah runtuh di Selangor dan Kuala Lumpur, 9 kritikal

KUALA LUMPUR: Sebanyak 46 lokasi tanah runtuh dilaporkan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan sembilan daripadanya dikategori pada tahap kritikal setakat hari ini, menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

Laporan Kejadian Tanah Runtuh Monsun Timur Laut yang dikeluarkan JMG hari ini memaklumkan sembilan lokasi tanah runtuh itu membabitkan dua lokasi di sini, iaitu Kampung Palimbayan di Sungai Penchala dan Taman Duta di Seri Duta.

Selebihnya adalah di Selangor iaitu Taman Nusa, Subang; Apartment Teratai, Selayang; Jalan Bunga Anggerik, Taman Melawati; Jalan Melati 7, Taman Seri Melati; Kampung Sepakat, Batu 16, Rawang; Jalan Saidina Hamzah, Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang; dan Jalan Haji Abdul Latiff, Kg. Bukit Kapar Klang.

Kesemua kawasan kritikal itu termasuk 36 lokasi tanah runtuh yang telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan, malah JMG telah membuat penilaian serta menjalankan pemantauan berterusan di tapak kejadian tanah runtuh berkenaan.

Menurut laporan itu, 10 lagi tapak kejadian tanah runtuh sedang dalam tindakan secara berperingkat mengikut keutamaan antaranya membabitkan kawasan di Taman Keramat dan Jalan Kia Peng, di sini.

Selain itu di Selangor melibatkan antaranya Taman Zooview; Riverdale Park Apartment, Ampang; Jalan Wangsa 1; Taman Melur, Ampang; Kampung Sungai Kelambu, Banting; Ukay Perdana, Ulu Klang; Jalan Selayang-Rawang; Jalan Banglo, Batu Arang.

— BERNAMA

About admin2

Check Also

Rahsia Bagaimana Masyarakat Cina Di Malaysia Bina Kekayaan Mereka | Article Update

Memang tdk dapat dipertikaikan lagi, kekayaan masyarakat Cina di Malaysia amat mengagumkan. Lihat saja senarai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.