Home / Makanan / Resepi Sup Daging

Resepi Sup Daging

Resepi Sup daging

BAHAN-BAHAN:
1 kilo daging lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
1 pokok daun sup n daun bawang
3 batang celery
Garam secukup rasa Air mencukupi sehingga menutupi daging dalam periuk
*Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak daging .

BAHAN-BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis – anggaran 3cm panjang
3 biji bunga cengkih
1-2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 cm halia
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
1 sudu kecil lada hitam*
Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus .

CARA MEMASAK : –
Semua bawang , halia dikupas kulit dan dimayang halus . Biji Ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh halus .
Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 .
-Panaskan sedikit minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang , halia dan kacau dan biarkan sampai bawang layu kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .
Masukkan daging tadi dan kacau dan biarkan sampai kuah mendidih .
–Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua ubi kentang serta batang celery yang dipotong kecil .
Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

kredit: resepi nennie

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.