Home / Semasa / Rina Mencuci Kesan Najis “UNGGAS” dan “TAHI CICAK” yang dilaporkan Pihak Sekolah Sukar Dicucikan Sebelum ini.

Rina Mencuci Kesan Najis “UNGGAS” dan “TAHI CICAK” yang dilaporkan Pihak Sekolah Sukar Dicucikan Sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan Datuk Seri Rina Harun mencuci simen bersih hanya bagi tujuan ‘posing’ seperti tular di laman sosial.

 

Sebaliknya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu benar-benar membersihkan kawasan terbabit dalam operasi pasca bencana banjir.

JKM melalui kenyataan media menyatakan Rina mencuci kesan najis unggas dan cicak di Sekolah Kebangsaan (SK) Salak Tinggi melalui Operasi Pasca Bencana Banjir selepas menerima pelawaan jabatan itu untuk berbuat demikian.

Menurut JKM, kehadiran menteri itu juga bukan sekadar membersihkan simen itu, namun beliau turut melakukan kerja pembersihan dan susun atur logistik lain di sekolah berkenaan.

“JKM terpanggil untuk menjawab isu tular yang mendakwa Datuk Seri Rina hanya ‘berposing’ mencuci simen bersih di sebuah sekolah.

“Sebaliknya JKM sebagai jabatan yang menguruskan operasi ini memohon kesudian menteri untuk mencuci kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dicucikan sebelum ini.

“Berikutan peralatan ‘waterjet’ sedia ada di lokasi pembersihan, Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM dan beliau melakukan kerja itu dengan dada lapang dan hati terbuka,” katanya, di sini.

Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan aksi Rina didakwa hanya ‘berposing’ mencuci simen bersih sehingga nama beliau menjadi perbualan termasuk di Twitter.

JKM menganjurkan operasi pasca banjir di SK Salak Tinggi yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) dari 18 hingga 23 Disember lalu.

Pada masa sama, menurut JKM, kesudian Rina menyertai operasi pasca itu turut dihargai jabatan terbabit di mana beliau turut bersama Sukarelawan Keluarga Malaysia mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap bilik darjah.

“Selain itu, beliau turut menyusun atur meja dan kerusi pelajar supaya keadaan kembali seperti sedia kala berikutan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

“Datuk Seri Rina juga turut mengemas khemah yang digunakan oleh mangsa banjir untuk simpanan bagi kegunaan akan datang,” katanya.

Justeru, menurut JKM, pihaknya berasakan tidak adil untuk netizen membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha serta pembabitan beliau dalam operasi pembersihan ini.

About admin2

Check Also

Rakyat Mahu Dibenarkan Sekali Lagi Buat Pengeluaran KWSP | Article Update

Untuk pembentangan Bajet 2023 beberapa hari lagi, dilaporkan di Utusan Malaysia, terdapat sebilangan rakyat yg …

Leave a Reply

Your email address will not be published.