Home / Viral / NewzCare / Long Tiger Berjaya Di Tɑngkap Semula Oleh PDRM, Tɑk Sempɑt Lɑri Ke Thailand

Long Tiger Berjaya Di Tɑngkap Semula Oleh PDRM, Tɑk Sempɑt Lɑri Ke Thailand

Polis berjaya memberkas semula seorang lelaki, Abdul Hamim Ab. Hamid atau Long Tiger yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak baru-baru ini.

Abdul Hamim, 32, ditahan di sebuah rumah yang dijadikan tempat persembunyiannya selepas pihak polis Johor menjalankan satu operasi khas bagi menangkapnya hari ini.

long-tiger-berjaya-di-tangkap-semula-oleh-pdrm,-tak-sempat-lari-ke-thailand

Butiran penangkapan suspek yang bersembunyi sejak 13 hari lalu dijangka diberikan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor esok.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi, 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan terhadapnya di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan bermula.

Baru-baru ini Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki rakan subahat kepada Long Tiger.

Pasangan warga tempatan berusia 41 dan 43 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Gambir, kira-kira 12.30 tengah malam.

Malah, dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini terlibat secara langsung dengan aspek kecuaian sehingga Long Tiger meloloskan diri kini ditahan kerja sehingga habis proses rayuan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Sementara itu, Long Tiger juga masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kini disiasat mengikut Seksyen 224 kanun sama kerana lari daripada tahanan.

Media sebelum ini melaporkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak mendapatkan bantuan daripada beberapa IPD berhampiran bagi mengesan ‘Long Tiger’ yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak.

Peguam mewakili Abd Hamim Ab Hamid turut menarik diri daripada mewakili lelaki itu susulan perbuatannya meloloskan diri daripada lokap itu.

Datuk Shaharudin Ali, berkata beliau yang juga Peguambela dan Peguamcara bagi Shaharudinali Azfarazmi & Co, sebelum ini dilantik mewakili Ab Hamim dalam beberapa kes jenayah dan sivil lelaki itu yang sedang berjalan.

“Sebagai peguam bela, kami juga merasai Ab Hamim sudah melarikan diri ketika perjalanan prosiding kes beliau dan ini mencerminkan beliau tiada keyakinan dengan khidmat guaman oleh pihak kami, selain tiada keyakinan dengan prosiding mahkamah yang sedang berlangsung,” katanya.

Selain itu, dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan kecuaian yang menyebabkan tahanan itu berjaya melarikan diri.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

isteri-dedah-cerita-sebenar-selepas-suami-meninggal-ketika-bersarapan-di-restoran-mamak

Isteri Dedah Cerita Sebenar Selepas Suami Meninggal Ketika Bersarapan Di Restoran Mamak

Suami saya memang ada penyakit jantung dan darah tinggi. Kematian dia bukanlah disebabkan dos penggalak …

Leave a Reply

Your email address will not be published.