Home / Viral / MerdekaMalaysia / Rina Harun cuci tahi cicak, kata Jabatan Kebajikan Masyarakat
rina-harun-cuci-tahi-cicak,-kata-jabatan-kebajikan-masyarakat

Rina Harun cuci tahi cicak, kata Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperjelas isu tular yang mendakwa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun hanya ‘berposing’ mencuci simen bersih ketika terlibat dalam operasi pasca bencana banjir pada Ahad.

Kenyataan JKM memaklumkan keterlibatan Rina bukan sekadar mencuci simen di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi, yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), malah beliau turut melakukan kerja-kerja pembersihan dan susun atur logistik lain di sekolah itu.

“JKM selaku jabatan yang menguruskan operasi ini telah memohon kesudian YB Datuk Seri Rina untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan oleh pihak sekolah sukar dicuci sebelum ini.

“Memandangkan peralatan jet air sedia ada di lokasi pembersihan, YB Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM dan beliau melakukan kerja tersebut dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut JKM amat berbesar hati atas kesudian Rina untuk turut serta dalam operasi tersebut yang bukan sekadar terlibat dalam pembersihan kawasan malah bersama-sama Sukarelawan Keluarga Malaysia mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap bilik darjah, menyusun atur meja dan kerusi pelajar supaya keadaan kembali seperti sediakala memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

Menurut JKM, Rina turut mengemas khemah yang digunakan oleh mangsa banjir untuk simpanan bagi kegunaan pada masa akan datang.

“JKM berasakan tidak adil para warganet membuat tohmahan dan memperlekeh usaha dan penglibatan YB Datuk Seri Rina dalam operasi pembersihan ini,” katanya.

JKM turut menyeru dan mengalu-alukan lebih ramai rakyat tampil mendaftar serta terlibat sebagai Sukarelawan Keluarga Malaysia dalam misi membantu operasi pasca banjir daripada membuat dan menyebarkan provokasi yang tidak bermanfaat.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.