Home / Viral / MerdekaMalaysia / Sarawak larang aktiviti sambutan tahun baru
sarawak-larang-aktiviti-sambutan-tahun-baru

Sarawak larang aktiviti sambutan tahun baru

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak tidak membenarkan sebarang aktiviti sambutan pra tahun baharu kerana negeri itu masih berada dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara dengan masa beroperasi semua premis dihadkan hingga 12 tengah malam.

JPBN Sarawak dalam kenyataan semalam memaklumkan operator premis perniagaan yang didapati tidak mematuhi arahan itu akan dikenakan tindakan kompaun dan pihak penguatkuasa akan mempertingkat operasi bersepadu untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Sektor pusat permainan kanak-kanak (arked) di pusat membeli-belah pula dibenarkan beroperasi mulai 1 Jan 2022 dengan mematuhi SOP yang disediakan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

“Operator pusat permainan kanak-kanak perlu memohon kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum dibenarkan memulakan operasi,” menurut kenyataan itu.

– Bernama

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.