Home / Viral / MerdekaMalaysia / Kastam Pulau Pinang rampas 18kg dadah bernilai RM1.8j
kastam-pulau-pinang-rampas-18kg-dadah-bernilai-rm1.8j

Kastam Pulau Pinang rampas 18kg dadah bernilai RM1.8j

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang membongkar kegiatan pengedaran dadah menggunakan syarikat kurier selepas merampas lebih 18kg dadah bernilai RM1.8 juta di Pusat Perniagaan Raja Uda, Butterworh pada 22 Dis lalu.

Pengarahnya Abdul Halim Ramli berkata sepasukan pegawai unit narkotik membuat pemeriksaan di syarikat kurier tersebut pada 6 petang dan merampas 10 kotak bungkusan yang mengandungi rangka basikal kanak-kanak bersama tayar dan rim.

Katanya JKDM membuat pemeriksaan ke atas kotak bungkusan itu yang melibatkan syarikat menjual basikal beralamat di Pulau Pinang dan disiapkan untuk dihantar ke negara di Oceania.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas satu daripada kotak tersebut menemui bungkusan dadah jenis methamphetamine yang disembunyikan dalam tayar basikal tersebut, dipercayai untuk dieksport ke luar negara dengan menggunakan taktik itu untuk mengaburi pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di Butterworth hari ini.

Menurut Abdul Halim sebanyak 104 bungkusan plastik dadah jenis sama ditemui dalam 10 kotak berkenaan iaitu keseluruhan dadah yang dirampas sebanyak 18.028kg bernilai RM1.8 juta

Katanya JKDM telah merekodkan beberapa keterangan bagi membantu siasatan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Namun tambahnya siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan mereka yang terlibat dan mengenal pasti sama ada sindiket tersebut pernah menjalankan kegiatan sama sebelum ini.

“Saya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan tersebut agar menghubungi pihak kastam bagi bersama-sama membanteras aktiviti ini,” katanya dan menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah.

– Bernama

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.