Home / Semasa / Lombong bitcoin secara HARAM tumpas

Lombong bitcoin secara HARAM tumpas

#LUMUT Polis menumpaskan kegiatan melombong Bitcoin secara haram yang terbesar di Perak dalam satu operasi bersepadu khas di sekitar daerah Manjung, dekat sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ia melibatkan rampasan 1,720 mesin Bitcoin yang bernilai RM2,000 setiap satu serta pelbagai barangan lain dengan nilai keseluruhan kira-kira RM3.5 juta.

Jelasnya, kegiatan tersebut yang menggunakan elektrik secara haram telah mengakibatkan kerugian kira-kira RM2 juta terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Dalam operasi bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam tadi, polis turut menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai menjadi penjaga premis terlibat di Ayer Tawar.

“Lelaki itu direman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, di Seri Manjung hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Negeri TNB Perak, Mohd. Toha Abd Manan.

Menurut Mior Faridalatrash, operasi itu dilakukan di 30 premis rumah kedai yang agak terlindung daripada orang awam yang mana 22 premis terletak di Sitiawan, empat di Seri Manjung, tiga di Ayer Tawar dan sebuah premis di Kampung Bharu.

Jelas beliau, operasi oleh 154 pegawai dan anggota polis, 15 juruteknik khas TNB dan enam anggota bomba itu telah memeriksa 75 premis tetapi hanya 30 daripadanya didapati beroperasi.

Tegasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 dan 379 Kanun Keseksaan serta Akta Bekalan Elektrik 1990 dan kini sedang mengenal pasti dalang di sebalik kegiatan tersebut.

Beliau menggesa orang ramai melaporkan kepada pihak polis jika ada mengesan kegiatan melombong Bitcoin secara haram terutama menggunakan bekalan elektrik secara tidak sah.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalatrash menegaskan pihak polis akan mengadakan operasi khas sempena sambutan Tahun Baru 2022 malam esok.

Jelasnya, operasi itu akan dilakukan di seluruh negeri bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan dan tiada kegiatan tidak diingini berlaku sepanjang malam dan awal pagi esok.

Sumber – UTUSAN ONLINE

About admin2

Check Also

Nasi Goreng USA Dipesan Ada Lalat, Tapi Sikap Pekerja Ini Buatkan Pelanggan Tak Serik Nak Datang Lagi | Article Update

Mereka yg sering menjamu selera di kedai makan atau restoran pasti pernah mengalami insiden yg …

Leave a Reply

Your email address will not be published.