Home / Viral / MerdekaMalaysia / Naluri Abang Ni Dapat Rasa Ada Yang Nak Meniinggaal Bila Tenung Cangkulnya Itu. SubhanAllah..

Naluri Abang Ni Dapat Rasa Ada Yang Nak Meniinggaal Bila Tenung Cangkulnya Itu. SubhanAllah..

INSPIRASI“Kemas Hasil Tangannya…”, Lima Tahun Jadi Penggali Kubur, Naluri Abang Ni Dapat Rasa Macam Ada Yang Nak ‘Pergi’ Bila Tenung Cangkul
Bagi yang sering melayari Facebook, korang pasti akan tahu mengenai kewujudan group Tukang Apa Hari Ini yang memperlihatkan ahli-ahlinya berkongsikan hasil kerja bertukang masing-masing. Pun begitu, perkongsian seorang lelaki di dalam group itu baru-baru ini berbeza daripada ahli yang lain kerana dia menunjukkan hasil ‘bertukang’ di dalam liang lahad.

Menerusi perkongsiannya, MrBoyb Nordin mengatakan bahawa dia tidak pandai menukang rumah tetapi tahu untuk mengali ku bur. Sehingga kini perkongsiannya itu telah mendapat sebanyak 13 ribu tanda suka dan 613 perkongsian.

Mari kita ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Assalamualaikum, Alhamdulillah Job Hari Ni overtime sampai malam. Saya tak pandai tukang rumah. Saya cuma pndai tukang ni je. Semoga Rohnya dicucuri rahmat di tempatkan bersama org-orang yang beriman. Al fatihah

Dah lima tahun jadi penggali kubur

Dihubungi SK, MrBoyb mengatakan bahawa sudah lima tahun dia melakukan kerja itu di Kampung Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor. Menurutnya, dia mengambil masa selama hampir tiga jam untuk menyiapkan satu liang lahad.

Bila ditanya mengenai pengalamannya semasa bekerja sebagai penggali kubur, MrBoyb mengatakan bahawa dia sudah lali menghadapi pelbagai perkara yang tidak terjangka.

“Kalau nak ceritakan pengalaman tu ada juga la, kebanyakannya berkenaan kubur sebelah. Biasa akan keluar bau jika ada saluran air atau akar dari kubur sebelah, tapi saya dah lali dah,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga sudah menurunkan bermacam-macam jenazah ke liang lahad sama ada meningg4l dunia disebabkan kemalangan, sakit berjangkit atau yang positif COVID-19. Terkadang, naluri dia juga dapat merasakan seperti ada orang yang akan meningg4l dunia.

“Macam posting saya ni, saya dapat rasa seperti ada orang nak pergi (meninggal dunia), saya jarang tengok cangkul tetapi semalam saya tenung je cangkul tu. Sempat jugak la malam tu saya berlawak dengan kawan, ada dengar-dengar orang nazak tak? Tapi dorang takde dengar pulak, rupanya arwah duduk luar tapi kebumikan kat kampung,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat reaksi yang positif dari warganet serta ada juga yang mendoakannya diberikan ganjaran kebaikan di atas kerja yang dilakukannya itu. Tidak kurang juga, ada yang memuji hasil tangannya yang sangat kemas dan teliti.

Akhir Kata
Semogo Beliau Terus Bersemangat Dalam Melakukan Kerjanya.

Sumber Dan Rujukan: Majalah Harian

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.