Home / Viral / MerdekaMalaysia / Dakwaan hakim syarie bog3l: JPM tak masuk campur kuasa polis, kata Idris
dakwaan-hakim-syarie-bogel:-jpm-tak-masuk-campur-kuasa-polis,-kata-idris

Dakwaan hakim syarie bog3l: JPM tak masuk campur kuasa polis, kata Idris

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan gangguan seksual melibatkan Ketua Hakim Syarie, Mohd Na’im Mokhtar.

Menterinya, Idris Ahmad berkata, JPM tidak mencampuri bidang kuasa polis dalam menyiasat kes berkenaan.

“Seperti mana yang sedia maklum, perkara ini telah dilakukan siasatan oleh pihak polis. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

“JPM (HEA) sama sekali tidak akan mencampuri bidang kuasa pihak polis dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan dengan itu, Idris meminta semua pihak akur dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang telus dan terperinci.

“Ia akan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terkait dalam isu ini. Sebarang kenyataan yang boleh menganggu siasatan perlulah dihentikan,” tambahnya.

Terdahulu, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menggesa Idris memandang serius perpecahan dan perbalahan dalam kalangan kepimpinan tertinggi syariah susulan dakwaan berkenaan.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata perpecahan itu sudah lama berlarutan tetapi tiada tindakan diambil oleh kerajaan.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan polis telah memulakan siasatan terhadap seorang hakim kanan selepas seorang wanita membuat laporan mendakwa dia menemui hakim terbabit dalam keadaan berbogel di atas katil di rumahnya pada 2020.

Mohd Na’im yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, kemudiannya tampil membuat laporan polis “menafikan sekeras-kerasnya” dakwaan berkenaan.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.