Home / Viral / MerdekaMalaysia / Kanada tamatkan kontrak Supermax atas dakwaan buruh paksa
kanada-tamatkan-kontrak-supermax-atas-dakwaan-buruh-paksa

Kanada tamatkan kontrak Supermax atas dakwaan buruh paksa

Kanada hari ini menamatkan kontrak penyumberannya dengan pembuat sarung tangan Malaysia, Supermax Corp Bhd berikutan dakwaan buruh paksa, kata jabatan perkhidmatan awam dan perolehan negara itu.

Kilang-kilang Malaysia yang membuat produk daripada sarung tangan perubatan hingga minyak sawit semakin mendapat perhatian terhadap dakwaan penyalahgunaan pekerja asing, yang membentuk sebahagian besar tenaga kerja pembuatan.

Kanada menghentikan pengimportan sarung tangan Supermax pada November lalu, dengan berkata ia akan menentukan langkah seterusnya selepas menerima laporan audit mengenai amalan buruh firma itu.

“Berdasarkan keseriusan dakwaan dan jangka masa yang dijangkakan untuk keputusan audit akhir, kerajaan Kanada telah memutuskan dan Supermax Healthcare Canada bersetuju, untuk menamatkan dengan persetujuan bersama dua kontrak sedia ada untuk pembekalan sarung tangan nitril,” kata jabatan itu kepada Reuters dalam satu kenyataan melalui e-mel, hari ini.

Supermax tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Pada November, Supermax berkata, ia akan mempercepatkan proses yang dimulakan pada 2019 untuk memenuhi piawaian buruh ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Keputusan Kanada untuk menghentikan import tahun lalu adalah susulan larangan import Supermax oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS) pada Oktober.

Kastam AS memetik maklumat munasabah yang dikatakan menunjukkan penggunaan buruh paksa dalam operasi pembuatan firma Malaysia itu.

Supermax berkata, ia sedang berhubung dengan agensi AS itu untuk mendapatkan lebih kejelasan dan ia sudah menugaskan firma perunding bebas untuk menjalankan audit ke atas status pekerja asing di kilangnya.

Awal bulan ini, Supermax berkata, ia memperkenalkan dasar pengurusan pekerja asing baru dan mempertingkat dasar sumber manusia semasa berdasarkan dakwaan buruh.

Peningkatan jumlah dakwaan mengenai layanan buruh di syarikat Malaysia mula menjejaskan perniagaan.

Pada November, pembuat perkakas rumah, Dyson menamatkan kontrak dengan pembekal alat ganti terbesarnya, firma Malaysia ATA IMS Bhd, atas dakwaan buruh paksa.

ATA mengakui beberapa pelanggaran, membuat beberapa penambahbaikan dan berkata ia kini mematuhi semua peraturan dan piawaian.

– Reuters

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.