Home / Viral / MyOdisi / Yoo Jae Suk, National Emcee Korea Yang Dulu Hanyalah Seorang Lelaki Yang Membosankan
yoo-jae-suk,-national-emcee-korea-yang-dulu-hanyalah-seorang-lelaki-yang-membosankan

Yoo Jae Suk, National Emcee Korea Yang Dulu Hanyalah Seorang Lelaki Yang Membosankan

Anda peminat Running Man? Mesti anda kenal dengan sosok pengacara terkenalnya, Yoo Jae Suk.

Seorang pengguna Facebook bernama Izzuddin Yussof telah berkongsi tentang penglibatan awal Yoo Jae Suk sehingga menjadi terkenal hingga ke hari ini. Jom kita baca perkongsian beliau.

Yoo Jae Suk Siapa tengok Running Man mesti kenal dia ni. Gelaran yang diberikan kepada dia oleh orang Korea adalah ‘National MC’.

Dalam Running Man tu sejak tengok zaman dulu, memang dia ni pandai cakap. Pandai buat lawak. Pandai dalam general knowledge. Baik hati. Banyak la positive traits dia.

Sampaikan dia memang jadi individu yang sangat influential dalam dunia hiburan Korea.

Tapi realitinya dia tak bermula dengan berjaya.

Dalam 7-10 tahun pada awal career dia, dia hanyalah comedian yang tak laku.

Dia takde muka yang hensem. Dia tak pandai. Dia tak pandai buat lawak. Dia tak pandai sangat komunikasi dengan stranger. Dia tak kuat. Dan paling teruk dia sangat awkward depan kamera.

Dia membosankan dan gagap depan kamera.

Sehinggakan pernah satu hari dia dapat panggilan daripada orang yang in charge dengan schedule show comedian dia, yang bagitau dia tak kan ada role untuk hari tu, jadi tak perlu datang.

Dia dah on the way dalam kereta dah masa dapat call tu. Dia cakap tak apa. Tapi lepas tu dia berhenti tepi jalan, dan menangis.

Jadi macam mana dia jadi dia yang sekarang?

Sebab dia berusaha untuk improve.

Dia dapat satu show dengan seorang yang pandai bercakap. Partner dia tu pandai jadikan stranger bercerita dan berbual. Dan dari situ dia belajar cara cakap dengan stranger.

Dia kena masuk variety show yang berasaskan sukan. Daripada situ dia pergi ke gym. Semata-mata nak jadikan dia boleh lebih perform dalam show tu. Hasilnya dia nampak kurus. Tapi sebenarnya stamina dan kekuatan dia boleh tahan.

Aku tak sure sejak bila dan macam mana dia jadi pandai dalam pengetahuan am. Tapi agak yakin itu pun hasil usaha dia untuk semua variety show yang dia masuk.

Hasilnya. Adalah dia yang sekarang.

Disebabkan dia mula dengan a ‘humble start’. Dan dia berjaya dengan pertolongan dan support oleh banyak pihak.

Sebab tu dia jadi orang yang masih humble. Dan dia cuba tolong juniors dia untuk berjaya seperti mana ada orang lain tolong dia untuk berjaya dulu.

Dia sampai pernah mintak untuk potong gaji dia, untuk diberikan kepada colleague dia yang lain yang tak sepopular dia.

Sebab tu kalau hidup kita tengah melalui fasa kegagalan. Jangan kecewa. Jangan depress.

Keep improving yourself.

Mungkin itu cara tarbiah Allah untuk jadikan kita individu yang lebih luar biasa di masa hadapan.

BACA: Kali Terakhir Bersama Kwang-soo, Preview ‘Running Man’ Episod 559 Buat Peminat Sebak

Sumber: Izzuddin Yussof

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

‘isteri-sedia-ada’-kini-akan-dipanggil-mahkamah-syariah-untuk-sahkan-kemampuan-suami-untuk-kahwin-satu-lagi

‘Isteri Sedia Ada’ Kini Akan Dipanggil Mahkamah Syariah Untuk Sahkan Kemampuan Suami Untuk Kahwin Satu Lagi

Berita buruk dan amat merbahaya buat para suami di Malaysia yang bercita-cita untuk menambah lagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.