Home / Viral / MyOdisi / Terbengkalai Atau Masih Baik Pulih? Perkongsian Keadaan Terkini Masjid Kristal Cetus Bualan Netizen

Terbengkalai Atau Masih Baik Pulih? Perkongsian Keadaan Terkini Masjid Kristal Cetus Bualan Netizen

Terbengkalai Atau Masih Baik Pulih? Perkongsian Keadaan Terkini Masjid Kristal Cetus Bualan Netizen.

Masjid Kristal dahulunya pernah dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia dan diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di Malaysia sering menjadi bualan orang ramai belakangan ini apabila melihat keadaan terkininya.

Dapat dilihat menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, @aazmeeriskndr yang memuat naik beberapa keping gambar ketika matahari terbenam di Masjid Kristal beserta kapsyen ‘The Abandoned Mosque, Masjid Kristal Terengganu’.

Kenyataannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya berasa terkejut dan sedih melihat keadaan terkini masjid yang menjadi salah satu tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Ada yang berkongsi mengatakan terdapat atap runtuh di kawasan dalam masjid yang menyebabkan masjid tidak dibuka untuk pengunjung bersolat tetapi masih boleh datang bergambar di kawasan luar.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa Masjid Kristal sedang dalam proses baik pulih dan bukanlah terabai seperti yang didakwa. Namun, ia terus mencetuskan persoalan apabila diketahui proses penyelenggaraan sudah lama dijalankan sejak dua tahun.

Sumber: Muhammad Hasbi Dalam pada itu, netizen turut berkongsi kenangan mereka berkunjung ke masjid yang dibina menggunakan besi, kaca dan kristal dan berharap dapat merasai lagi pengalaman mengerjakan solat di masjid itu.

Masjid yang menelan kos bernilai RM22 juta dan telah beroperasi lebih 10 tahun ini difahamkan mengalami kerosakan teruk dan tidak diselenggarakan dengan baik sejak 2012.

Kerosakan juga disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti musim tengkujuh, lokasi masjid menghadap Laut China Selatan.

Pada 2019, Sinar Harian melaporkan kerja-kerja membaik pulih kerosakan Masjid Kristal sebanyak RM2 juta masih belum selesai disebabkan kekangan bajet dan perlu dilaksanakan oleh kontraktor yang berpengalaman.

Save the best for last. Petang tadi punya sunset pun cantik betul 🥺 📍The Abandoned Mosque, Masjid Kristal Terengganu. https://t.co/dwu4d3OCvE

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

‘isteri-sedia-ada’-kini-akan-dipanggil-mahkamah-syariah-untuk-sahkan-kemampuan-suami-untuk-kahwin-satu-lagi

‘Isteri Sedia Ada’ Kini Akan Dipanggil Mahkamah Syariah Untuk Sahkan Kemampuan Suami Untuk Kahwin Satu Lagi

Berita buruk dan amat merbahaya buat para suami di Malaysia yang bercita-cita untuk menambah lagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.