Home / Viral / Breaking / Ajal, jodoh dan rezeki seseorang itu merupakan rahsia daripada Allah S.W.T., Semalam Peluk Islam Hari Ini Meninggal Dunia, Al-Fatihah
ajal,-jodoh-dan-rezeki-seseorang-itu-merupakan-rahsia-daripada-allah-swt.,-semalam-peluk-islam-hari-ini-meningg4l-dunia,-al-fatihah

Ajal, jodoh dan rezeki seseorang itu merupakan rahsia daripada Allah S.W.T., Semalam Peluk Islam Hari Ini Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Ajal, jodoh dan rezeki seseorang itu merupakan rahsia daripada Allah S.W.T. Tiada siapa dapat menduga jalan kehidupan dan juga pengakhiran individu tersebut di dunia ini.

Baru sahaja peluk Islam

Seperti bayi baru lahir…

Pengakhiran yang baik. Inn shaa Allah

“TIGA kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira-kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya, memandangkan dia seorang free thinker, dia hanya diam.

“Akhirnya, kira-kira 9 pagi Selasa lalu ketika saya bangkitkan hal sama, dia minta penjaganya, Nurin, untuk ajar dia mengucap dua kalimah syahadah,” kata Suzie Tan, 59.

Suzie adalah adik kepada Tan Foo Hock, 66, yang tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini selepas dikatakan memeluk Islam sebelum meninggal dunia kurang 24 jam kemudian.

Foo Hock dipercayai menggunakan Mohammad Ridzuan Tan Abdullah sebagai nama Islamnya meninggal dunia akibat kanser di kediaman Suzie di Subang Jaya, Selangor, 27 Mei lalu.

Malah, Suzie sebaliknya mengakui lega melihat riak wajah abangnya berbeza, malah kelihatan lebih tenang sebaik selesai melafazkan kalimah itu.

“Amat menakjubkan selepas mengucap, arwah kelihatan sangat tenang dan kemudian menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama anak dan menantunya sepanjang hari.

“Menjelang malam, anak dan menantu arwah pulang ke rumah mereka dan pada waktu Subuh, saya dapati abang saya sudah tiada. Dia meninggal dalam tidur,” demikian kata Suzie kepada pemberita.

Menurut Suzie, meskipun berlainan agama, dia dan adik-beradik lain tiada masalah dengan keputusan abangnya untuk memilih Islam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, adik bongsu arwah, Mohammed Khairi Tan Abdullah, 54, berkata, keputusan abangnya untuk memeluk Islam agak mengejutkan memandangkan Foo Hock dikatakan tidak menunjukkan minat selama ini.

Namun, Mohammed Khairi juga tidak menafikan abangnya sering dipanggil dengan pelbagai nama Melayu seperti Ridzuan dan Azlan oleh rakannya memandangkan Foo Hock banyak bergaul dengan masyarakat Melayu.

“Jika diikutkan minat, mungkin saya lebih minat untuk memeluk Islam apabila saya sendiri pernah dipuji oleh ustazah kerana boleh menulis jawi dan membaca ayat suci al-Quran dengan baik walaupun saya orang Cina.

“Manakala, arwah, selain banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, dia memang fasih berbahasa Melayu, malah fizikalnya juga bermisai menampakkan seperti orang Melayu, namun tiada tanda-tanda dia ingin memeluk Islam.

“Cuma pernahlah ketika umur saya sekitar 12 tahun, saya terjumpa buku Fardu Ain yang mengajar cara solat dan sebagainya di dalam laci arwah.

“Ketika itu arwah berusia 24 tahun dan saya pun tidak mengesyaki apa-apa ketika saya masih kecil, sekadar selongkar barang abang-abang dan saya tidak tanya atau mengadu kepada sesiapa mengenai perkara itu,” katanya.

Mohammed Khairi berkata, memeluk Islam bukanlah asing dalam keluarga mereka memandang dia dan kakaknya yang menetap di Singapura sudah sekian lama menganut agama itu.

“Daripada 14 beradik seibu sebapa, saya dan kakak saya di Singapura sudah pun memeluk Islam sejak zaman muda lagi yang mana kakak saya kini juga seorang ustazah di sana.

“Jadi, perkara ini bukanlah asing. Kakak saya (Suzie) pun beritahu saya dalam keadaan bersahaja, ‘Khairi, abang kau (Foo Hock) dah masuk Islam’ sebaik arwah selesai lafaz dua kalimah syahadah.

“Kakak saya kata, arwah cakap ‘aku nak masuk Islam, aku nak mati dalam Islam’ sambil suruh Nurin ajar dia mengucap tapi Nurin teragak-agak kerana bimbang dengan respons orang lain, namun dia lakukan juga apabila semua ahli keluarga tidak membantah.

“Ketika itu saya sangat bersyukur dan apabila dia meninggal dunia keesokannya, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk dia. Dapat memandikan mayatnya memberikan saya pengalaman indah terakhir bersamanya,” katanya.

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Othman Abu Bakar, satu kem4tian telah berlaku yang melibatkan jenazah seorang mualaf.

Menurut sumber, lelaki tersebut didakwa meningg4l dunia selepas sehari memeluk Islam. Oleh sebab itu, jenazahnya telah pun selamat disemadikan sebagai seorang Muslim.

Semoga syurga tempatnya

Othman turut mendoakan agar jenazah lelaki yang dikenali sebagai Tan Foo Hock ditempatkan di syurga. Diakhir coretan ringkas tersebut,

sumber telah menyatakan bahawa tidak siapa yang mengetahui kesudahan hidup seseorang seperti yang terjadi kepada saudara baru kita itu.

Sehubungan dengan muat naik terbabit, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian mualaf itu yang pulang bertemu Penciptanya di bulan mulia.

Mereka juga mengagumi kebesaran Allah dengan apa yang telah terjadi dalam kalangan masyarakat kita sendiri.

Sumber : Othman Abu Bakar via portalislamik.net/oh my media

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Leave a Reply

Your email address will not be published.