Home / Viral / MyOdisi / Bintang Spider-Man Ini Pernah Gagal Dapat Tawaran Berlakon Kerana Dikatakan ‘Kurang Hensem’
bintang-spider-man-ini-pernah-gagal-dapat-tawaran-berlakon-kerana-dikatakan-‘kurang-hensem’

Bintang Spider-Man Ini Pernah Gagal Dapat Tawaran Berlakon Kerana Dikatakan ‘Kurang Hensem’

Seorang pelakon yang popular dengan watak superhero Spider-Man mendedahkan bahawa dirinya pernah dikategorikan sebagai ‘kurang hensem’.

Atas sebab itulah beliau pernah gagal atau ‘kena reject’ oleh sebuah produksi perfileman bagi memegang watak penting dalam sebuah filem epik satu ketika dahulu.

Biar betul? Macam susah nak percaya sebab semua pelakon watak Spider-Man iaitu Tobey Maguire, Andrew Garfield dan Tom Holland ‘hensem-hensem’ belaka, kan?

Tapi, itulah hakikatnya seperti yang didedahkan oleh Andrew Garfield kepada Entertainment Tonight baru-baru ini.

BACA: Padah Biarkan Digigit Labah-Labah Berharap Jadi Spider-Man, Tiga Beradik Dikejar Ke Hospital

Ketika beliau mula-mula menceburi bidang lakonan di Hollywood, Andrew pernah menduduki ujibakat untuk memegang watak sebagai Prince Caspian dalam filem francais Disney, Chronicles of Narnia.

Beliau begitu yakin akan ditawarkan watak itu tetapi akhirnya terkejut kerana di saat-saat akhir watak itu diberikan kepada orang lain.

Walaupun kecewa, beliau tetap akur dengan keputusan itu. Namun, beliau masih sempat juga menanyakan kepada ejennya apakah punca sebenar beliau tidak mendapat watak tersebut.

Setelah beberapa kali mendesak, Andrew akhirnya tergamam apabila diberitahu ejennya bahawa pihak produksi filem The Chronicles of Narnia: Prince Caspian (2008) tersebut sebenarnya mendapati dirinya agak tidak cukup ‘hensem’.

– Foto Variety.com Tidak patah semangat, Andrew bangkit dengan membintangi filem yang akhirnya membuatkan namanya mula dikenali iaitu Never Let Me Go (2010) bersama Keira Knightley dan Carey Mulligan.

bintang-spider-man-ini-pernah-gagal-dapat-tawaran-berlakon-kerana-dikatakan-‘kurang-hensem’

Beliau kemudiannya memegang watak Eduardo Saverin iaitu sahabat baik yang dikhianati Mark Zuckerberg ketika mencipta Facebook dalam filem yang berjaya menggondol 3 anugerah Oscar iaitu The Social Network (2010).

Nasib beliau berubah untuk selama-lamanya setelah menerima watak Spider-Man/Peter Parker dalam The Amazing Spider-Man (2012).

Untuk rekod, setakat ini juga beliau merupakan satu-satunya ‘Spider-Man’ yang pernah dicalonkan anugerah Oscar untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem arahan Mel Gibson iaitu Hacksaw Ridge (2016).

Kejayaannya tidak terhenti di situ kerana awal bulan ini pula, Andrew telah memenangi anugerah Golden Globe 2022 untuk lakonannya dalam filem Netflix iaitu Tick, Tick… BOOM!

Pada majlis yang sama itu juga, pakcik yang agak tidak kurang ‘hensem’ iaitu O Yeong-su yang memegang watak Player 001 dalam siri Squid Game menjadi pelakon pertama dari Korea Selatan yang memenangi anugerah Golden Globe.

Pelakon yang lebih ‘hensem’ dan berjaya mendapat watak Prince Caspian satu ketika dahulu iaitu Ben Barnes pula sehingga kini agak kurang menyerlah berbanding Andrew.

Beliau hanya banyak mendapat watak untuk berlakon filem berbajet rendah dan siri TV seperti Westworld di HBO dan watak penjahat dalam Punisher serta Shadow and Bone di Netflix.

Kesimpulannya, jangan jadikan ‘kurang hensem’ sebagai alasan untuk tidak dapat terus maju ke hadapan. Bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah ‘labah-labah’ macam Andrew Garfield ni, siapalah yang tahu.

Sumber: Variety

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

‘isteri-sedia-ada’-kini-akan-dipanggil-mahkamah-syariah-untuk-sahkan-kemampuan-suami-untuk-kahwin-satu-lagi

‘Isteri Sedia Ada’ Kini Akan Dipanggil Mahkamah Syariah Untuk Sahkan Kemampuan Suami Untuk Kahwin Satu Lagi

Berita buruk dan amat merbahaya buat para suami di Malaysia yang bercita-cita untuk menambah lagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.