Home / Viral / MerdekaMalaysia / Tidak ada lagi ‘kuota’ khas pengambilan pekerja asing – Hamzah Zainudin
tiada-lagi-kuota-khas-pengambilan-pekerja-asing-–-hamzah

Tidak ada lagi ‘kuota’ khas pengambilan pekerja asing – Hamzah Zainudin

Tiada lagi kuota khas dikeluarkan dalam pengambilan pekerja asing di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata setiap permohonan daripada majikan kini perlu melalui penilaian jawatankuasa kementerian dalam meneliti jumlah pekerja asing yang layak diambil bekerja mengikut syarat dan undang-undang yang ditetapkan.

“Tiada lagi kuota khas. Mesti mendapat kelulusan jawatankuasa. Ada orang tidak sedar dan syok cakap. Umum perlu tahu, seseorang majikan yang memerlukan pekerja asing, perlu mendapat kelulusan jawatankuasa kerana ada akta.

“Contohnya sektor perladangan. Kena tahu berapa kuota pekerja yang diperlukan dan berapa yang layak dapat. Katalah patut dapat 1,000 pekerja tetapi disebabkan tiada tempat tinggal, jadi mungkin dia hanya dapat 400 sahaja.

“Untuk tambah baki pekerja yang dipohon, kena mohon semula dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) atau merayu kepada kami untuk disemak. Sekarang pengambilan semakin ketat dan tidak mahu lagi kuota bebas seperti legasi sebelum ini,” katanya selepas menghadiri majlis mesra rakyat di Kampung Tapah, Sungai Bayur, dekat Selama hari ini.

Beliau mengulas gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Per­­­khidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr N. Sukumaran supaya kerajaan menghapuskan ‘kelulusan khas’ peringkat menteri sebagai kebenaran kepada pihak-pihak ter­tentu untuk memonopoli kema­sukan pekerja asing ke negara ini bagi mengelak berulangnya sindiket membawa masuk pe­kerja asing berlebihan.

Hamzah berkata jika sistem kuota tidak diguna pakai dan bersifat pengambilan bebas, pekerja asing akan masuk ke negara ini sewenang-wenangnya sehingga tidak mengikut syarat serta kriteria yang ditetapkan hingga menimbulkan masalah dari segi kebajikan seperti tempat tinggal dan sebagainya.

Sebelum ini setiap majikan perlu berurusan melalui Kementerian Dalam Negeri untuk urusan penggajian pekerja asing, namun begitu, kini semua urusan tersebut boleh dibuat melalui KSM bagi memastikan keseragaman dasar dan penyelarasan prosedur penggajian pekerja asing.

– Bernama

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

Allahyarham Bob Lokman Dan Salasilah Keluarganya Yang Ramai Tidak Tahu | Article Update

Pemergian pelakon & penulis lirik terkenal, Allahyarham Bob Lokman, 58 sememangnya meninggalkan kesan yg besar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.