Home / Inspirasi / Pelajar Cemerlang ini banyak berbakti mengurus abang Oku dan ibu bapa lanjut usia
pelajar-cemerlang-ini-banyak-berbakti-mengurus-abang-0ku-dan-ibu-bapa-lanjut-usia

Pelajar Cemerlang ini banyak berbakti mengurus abang Oku dan ibu bapa lanjut usia

Walaupun sibuk menggalas tanggungjawab di rumah, remaja ini cemerlang dalam pelajaran. Muhammad Hakimi Abdullah, 19, sanggup berk0rban menggalas tanggungjawab menguruskan abangnya yang juga orang kurang upaya (0kU) sejak lahir memandangkan ibu bapa sudah lanjut usia dan tiada kudrat untuk melakukan tugas berat itu.

Atas dasar kasih sayang dan menghargai peng0rbanan orang tua, pelajar Semester Tiga Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Bharu ini bijak membahagikan masa antara tanggungjawab menjaga abangnya Muhammad Khairul Anuar, 21, sambil mengikuti kuliah secara dalam talian.

Cemerlang, Peroleh Anugerah Dekan Tiap Semester
Remaja ini juga tidak pernah menganggap amanah yang terpikul dibahunya itu sebagai beb4n. Yang lebih membanggakan, Muhammad Hakimi berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam pelajaran dengan memperoleh anugerah dekan pada setiap semester biarpun perlu mendukung Muhammad Khairul Anuar ke bilik air untuk memandikannya sebanyak 2 kali sehari.

Keadaan badan abangnya yang mengherot selain hampir semua tulang badannya mengeras menyukarkan remaja ini mengangkat serta mendukungnya memandangkan bilik air agak jauh dari rumah. Muhammad Hakimi turut mengalami s4kit belakang dan lenguh badan kerana terpaksa mendukung abangnya yang mempunyai berat hampir 40 kilogram ke bilik air setiap hari.

Ibu Bapa Cuti Menoreh, Urus Anak Oku Jika…
Memandangkan masih belajar, tanggungjawab menguruskan Muhammad Khairul Anuar akan diambil alih ibu bapanya sekiranya Muhammad Hakimi perlu menghadiri kelas atau menduduki ujian penting.

Pelajar ini menghargai peng0rbanan ibu bapa yang sentiasa menyokongnya mengejar cita-cita biarpun terpaksa cuti menoreh di kebun. Jika tidak menoreh, bermakna mereka tiada pendapatan memandangkan menerima upah harian. Namun mereka tiada pilihan memandangkan Muhammad Khairul Anuar perlu sentiasa diawasi setiap masa.


Bapanya turut membantu Muhammad Hakimi memandikan Muhammad Khairul Anuar.

Cita-Cita Muhammad Hakimi
Muhammad Hakimi yang bercita-cita menjadi jurutera sebaik tamat pengajian, mengakui kehidupan mereka sekeluarga suk4r dan sering berdepan masalah kewangan memandangkan ibu dan bapanya hanya menoreh getah sepenuh masa dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan.

Remaja ini bertekad untuk berjaya dalam pelajaran supaya mendapat pekerjaan yang baik untuk mengubah nasib keluarga.

Sememangnya golongan asnaf sebegini wajar dibantu.

Semoga beliau terus cemerlang dan dapat mencapai cita-citanya mengubah nasib keluarga. Semoga dimurahkan rezeki mereka sekeluarga serta para dermawan yang bakal menyumbang buat beliau.

Sumber : [Alhijrahnews] via Mypendidik.com

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

Isu ‘Traffic Jam’ Melamp4u, Kerajaan Pertimbang Untuk Laksanak4n Caj Kesesakan

Keadaan trafik dan lalu lintas di negara kita sering dibelenggu kesesakan terutama. sekali di beberapa …

Leave a Reply

Your email address will not be published.