Home / Viral / MerdekaMalaysia / Akibat masalah kewangan, isteri tikam suami hingga mati
akibat-masalah-kewangan,-isteri-tikam-suami-hingga-mati

Akibat masalah kewangan, isteri tikam suami hingga mati

Seorang lelaki mati dipercayai ditikam isterinya di sebuah rumah di Rasah Kemayan Golf & Country Township di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.11 petang itu, mangsa berusia 56 tahun ditikam dengan senjata tajam pada bahagian dada dan pinggang sebelah kiri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada anak perempuan mangsa berusia 18 tahun.

“Anaknya telah menghubungi panggilan kecemasan 999 dan beritahu mangsa telah ditikam pada bahagian dada oleh suspek dipercayai isterinya.

“Polis telah ke lokasi untuk siasatan lanjut dan menemui mangsa di bahagian dapur rumah dengan kesan tikaman pada bahagian dada dan pinggang sebelah kiri, ” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, polis turut menemui senjata tajam yang digunakan suspek untuk menikam mangsa.

Jelas beliau, mangsa dan suspek mempunyai empat anak dan ketika kejadian, anak ketiga dan anak bongsu mereka berada di rumah.

“Masalah kewangan dipercayai menjadi punca kejadian, namun siasatan lanjut masih dilakukan.

“Polis telah menahan isteri mangsa berusia 55 tahun untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Seremban pada Isnin,” katanya.

Nanda berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk tindakan lanjut.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.